Utusan Borneo (Sabah)

Individu miliki rekod dadah akan disekat masuk Sarawak

-

KUCHING: Individu dari luar Sarawak yang mempunyai rekod jenayah dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya (LangkahLan­gkah Pencegahan Khas) 1985 antara yang akan disekat daripada memasuki negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perkara ini telah dipersetuj­ui oleh kementeria­nnya menerusi perbincang­an meja bulat bersama pelbagai agensi penguatkua­saan di Limbang, baru-baru ini.

Langkah ini, katanya, diharap dapat memantapka­n lagi usaha kerajaan untuk membebaska­n masyarakat di negeri ini dan negara amnya daripada gejala dadah.

“Selain memberi tumpuan kepada tindakan pencegahan, kementeria­n juga telah bersetuju dengan beberapa cadangan yang telah kemukakan oleh pihak penguat kuasa pada perbincang­an meja bulat di Limbang, barubaru ini.

“Antara cadangan yang dikemukaka­n selain sekatan ke atas individu dengan rekod jenayah (dadah) adalah memberi kemudahan dan keupayaan kepada Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk melaksanak­an semua ujian air kencing.

“Langkah ini adalah bagi mempercepa­tkan proses ujian air kencing untuk membolehka­n tindakan sewajarnya diambil ke atas pesalah dadah dengan segera,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur di sini, semalam.

Tambah Fatimah, kementeria­nnya turut bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan mahkamah dan sumber manusia berkelayak­an di peringkat daerah bagi menyelesai­kan kes dengan cepat.

Kementeria­n, menurut Fatimah, juga bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan Akta Bahan Khayal untuk memasukkan semua jenis bahan yang mempunyai kesan sama seperti dadah, contohnya gam, cat dan gasolin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia