Utusan Borneo (Sabah)

CCRIS laporan kredit, bukannya sistem senarai hitam peminjam

-

KUCHING: “Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat atau CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam sebaliknya merupakan laporan kredit penuh peminjam yang melakukan pinjaman dengan institusi kewangan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM).”

Demikian kata Pengarah Jabatan LINK dan Pejabat Wilayah BNM Datin Arlina Ariff ketika ditemui media pada Karnival Kewangan Sarawak 2017 yang diadakan di Pusat Pameran CityOne di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, CCRIS adalah salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan di bawah seliaan BNM memeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka.

“Ramai orang salah faham tentang CCRIS ini. Sebenarnya ia merupakan satu laporan penuh kredit yang membenarka­n atau membolehka­n kita (institusi kewangan di bawah seliaan BNM) melihat semua kredit pinjaman yang dibuat oleh peminjam,” katanya.

Secara rasionalny­a, beliau berkata, BNM mahu membantu pemohon atau orang ramai mengurus kewangan dengan baik dan pada masa sama, mengelak mereka dibebani hutang yang akhirnya membawa kepada muflis.

“Pendek kata, BNM mahu melindungi pengguna selain memberi kesedaran kepada mereka tentang bagaimana menguruska­n kewangan secara teratur,” ujarnya.

Sehubungan itu, Arlina menasihatk­an peminjam untuk mendapatka­n laporan penuh kredit CCRIS mereka di mana-mana Ibu Pejabat BNM di negara ini.

“Orang ramai juga boleh mendapatka­n laporan penuh kredit atau salinan CCRIS mereka di Karnival Kewangan Sarawak yang diadakan di sini (Pusat Pameran CityOne) yang berlangsun­g dari 24 hingga 26 Novemberi ini.

“Tujuannya supaya orang ramai atau peminjam dapat mengetahui status terkini kewangan mereka sekali gus dapat mengurus kewangan dengan lebih baik pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatk­an orang ramai agar menjauhi Skim Cepat Kaya agar tidak ditipu.

Bercakap mengenai Karnival Kewangan itu, Arlina berkata, lebih 60 gerai pameran terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan agensi-agensi kerajaan disediakan sepanjang karnival tersebut.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik juga diadakan seperti permainan kuiz, cabutan bertuah, pertanding­an swafoto, konsert mini dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia