Utusan Borneo (Sabah)

Naik taraf lima jalan Bawang Assan dijangka siap awal 2018

-

SIBU: Projek menaik taraf serta menurap jalan di Sungai Sadit, Paradom, Sungai Bidut, Empawah dan Engkilo melibatkan keseluruha­n jalan sepanjang 34 kilometer dijangka siap sepenuhnya Januari tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh berkata, projek menaik taraf serta menurap jalan utama termasuk jalan menuju rumah penduduk di tebing barat bandar Sibu mula dijalankan pada April lepas.

“Menaik taraf serta menurap jalan di Sungai Sadit dan Empawah telah siap 100 peratus. Manakala jalan di Tanjung Kunyit, Paradom siap 95 peratus, Jalan Ting Sing dan Jalan Hock Ming di Sungai Bidut siap 70 peratus dan jalan di Engkilo telah siap 60 peratus.

“Semua jalan di bawah kawasan DUN Bawang Assan dijangka siap sepenuhnya Januari tahun depan,” jelasnya ketika meninjau kerja-kerja menaik taraf jalan di tebing barat Sibu, pada Jumaat.

Hadir sama ialah juruteknik Jabatan Kerja Raya (JKR) Sibu, Yong Sin Ho.

Wong yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan e-Perdaganga­n berkata, beliau telah menunaikan janjinya ketika pilihan raya negeri (PRN) yang lepas untuk menaik taraf serta menurap jalan-jalan di kawasan DUN Bawang Assan.

Semasa PRN lepas katanya, beliau berjanji kepada penduduk untuk menaik taraf serta menurap jalan utama juga jalan menuju ke rumah penduduk di tebing barat bandar Sibu.

“Selepas pilihan raya, kini kita kembali bagi menunaikan janji-janji untuk menaik taraf dan menurap jalan ini untuk kemudahan penduduk.

“Untuk itu, semua kawasan penduduk Cina di kawasan DUN Bawang Assan akan dinaik taraf dan diturap seperti yang dijanjikan,” ujarnya.

 ??  ?? WONG (lima kiri) bersama Yong serta penduduk di Jalan Yew Chai Toh, Engkilo ketika meninjau jalan yang sedang dinaik taraf.
WONG (lima kiri) bersama Yong serta penduduk di Jalan Yew Chai Toh, Engkilo ketika meninjau jalan yang sedang dinaik taraf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia