Utusan Borneo (Sabah)

West Ham, Leicester seri 1-1, Moyes raih mata pertama

Moyes raih mata pertama sebagai pengurus West Ham

-

LONDON, England: Pengurus West Ham United, David Moyes, mengutip mata pertama beliau sejak membimbing kelab tercorot Liga Perdana Inggeris itu ketika seri 1-1 dengan Leicester City di tempat sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris Jumaat lepas.

West Ham ketinggala­n awal pada perlawanan di Stadium London apabila Marc Albrighton menjaringk­an gol pembukaan buat Leicester tetapi Cheikhou Kouyate mengikat kedudukan beberapa saat sebelum rehat.

Kedua-dua pasukan bagaimanap­un gagal menjaringk­an gol kemenangan selepas rehat.

Namun satu mata masih mengekalka­n West Ham dalam zon penyingkir­an tetapi perbezaan gol memisahkan pasukan itu dengan pasukan di luar zon penyingkir­an sebelum jadual perlawanan lain hujung minggu.

Tetapi satu mata itu membantu mengembali­kan perhubunga­ndiantarak­elabdan penyokong, yang menghentam lembaga pengarah kelab dan pemain ekoran kekalahan di Watford.

“Ia adalah satu permulaan untuk kami malam ini,” kata Moyes ketika memberitah­u penyiaran Sky Sports. “Penyokong cukup hebat selepas semua perkara negatif yang kami dengar, ia adalah sebaliknya.”

“Apabila anda datang menentang West Ham sejak bertahun-tahun, ia adalah tempat yang sukar dengan sokongan padu penonton malam ini,” tambah Moyes. “Mereka memberikan sokongan kepada pemain dan pemain juga membalas.

“Pemain menetapkan mutu hari ini tetapi ia hanya keputusan seri untuk kami namun kami perlu terus mengekalka­n rentak jika mahu mendapatka­n lebih dari keputusan seri.”

Sementara itu, Albrighton menjelaska­n Leicester berasa gembira dengan keputusan seri yang menyaksika­n mereka naik ke tangga ke-11 dan berkata: “Kami boleh berasa gembira pulang dengan satu mata. Kami tahu ia satu perlawanan yang sukar dan satu mata adalah keputusan adil.”

Penyokong West Ham boleh dimaafkan apabila memikirkan mereka akan mengharung­i kekecewaan yang sama apabila Leicester mendahului seawal minit pertama dari serangan pertama mereka.

Pemain tengah Leicester, Wilfred Ndidi mendapat bola dari tengah padang dan

“Ia adalah satu permulaan untuk kami malam ini. Penyokong cukup hebat selepas semua perkara negatif yang kami dengar, ” ia adalah sebaliknya. DAVID MOYES Pengurus West Ham

mengumpan kepada penyerang Jamie Vardy, yang kemudian melorong kepada Albrighton untuk merembat ke pintu gol.

Leicester mempunyai ruang di benteng pertahanan West Ham dengan Riyad Mahrez sentiasa mengucar-kacirkan pertahanan West Ham tetapi penyudah tumpul menghalang mereka menambah jaringan.

West Ham mula mengimbang­i permainan dan menguji penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel pada minit ke-26 dengan satu tendangan Ogbonna dari tendangan percuma Manuel Lanzini.

Ketika Leicester bersedia untuk kembali ke bilik persalinan dengan pendahulua­n 1-0, Kouyate menanduk satu tendangan sudut Lanzini untuk mengikat kedudukan.

Dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan mula bermain dengan berhati-hati dan gagal mencipta peluang terbaik di pintu gol untuk mencari gol kemenangan. – AFP

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN tengah West Ham Andre Ayew melakukan sepakan akrobatik di depan gawang Leicester sewaktu pertemuan kedua-dua pasukan dalam Liga Perdana Inggeris yang berlangsun­g di London pada Jumaat. - Gambar AFP
PEMAIN tengah West Ham Andre Ayew melakukan sepakan akrobatik di depan gawang Leicester sewaktu pertemuan kedua-dua pasukan dalam Liga Perdana Inggeris yang berlangsun­g di London pada Jumaat. - Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia