Utusan Borneo (Sabah)

Ragbi wanita Sabah bawa cabaran negara

Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah Wanita Asia Bawah 17 Tahun

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah bawa cabaran negara pada Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah Wanita Asia Bawah 17 Tahun di Dubai pada 29-30 November.

Kejohanan melibatkan penyertaan 12 pasukan itu juga merupakan Pra Kelayakan Olimpik Remaja 2018.

Penaung Kesatuan Ragbi Sabah (KRS), Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia berkata, ia adalah penyertaan pertama Malaysia pada kejohanan itu dan seharusnya diberi perhatian sewajarnya oleh Kementeria­n Belia Dan Sukan Malaysia.

Menurutnya, Khairy Jamaluddin telah dimaklumka­n mengenai pasukan berkenaan dan beliau berharap akan ada pertemuan dengan Menteri Belia Dan Sukan itu sebelum mereka berangkat ke Dubai.

Menurutnya, setakat ini segala perbelanja­an pasukan ke kejohanan itu ditanggung sendiri dan mereka bernasib baik kerana ada rakan-rakan serta syarikat yang telah tampil menghulurk­an bantuan.

“Apabila ada pemain-pemain muda yang minat dan berpotensi dalam sukan ini, kita tidak ada cara lain selain membantu mereka. Apa lagi mereka kini membawa cabaran negara pada Kejohanan Asia,” katanya.

Pandikar yang juga Speaker Dewan Rakyat berkata demikian ketika ditemui wartawan semasa beliau dikunjungi pasukan di kediamanny­a di sini pada Sabtu.

Turut bersama adalah isterinya, Puan Sri Diana Diego yang juga pengerusi Kesatuan Ragbi Wanita Wanita. Diana juga akan bersama pasukan ke Dubai selaku ketua kontinjen negara.

Diana berkata, Malaysia berazam membuktika­n penyertaan mereka dirasai pasukan lain walaupun diletakkan sebagai pasukan bukan pilihan atau ranking tercorot dalam kalangan pasukan yang mengambil bahagian pada kejohanan itu.

“Kami berazam untuk balik dengan pencapaian yang meletakkan pasukan lebih baik dari ranking tercorot. Kami telah membuat persiapan 43 kali latihan pusat bagi menghadapi kejohanan ini.

“Pasukan ini adalah hasil usaha program pembanguna­n kami. Saya percaya dalam tempoh dua tahun lagi. pasukan ini akan lebih maju. Apapun kemajuan mereka juga bergantung kepada sokongan dan bantuan,” katanya.

Pada kejohanan itu, Malaysia akan bersaing dalam Kumpulan D bersama pasukan pilihan kedua, China dan Thailand.

Pasukan pilihan pertama, Jepun berada dalam Kumpulan AS bersama pasukan India dan Laos manakala Kumpulan B terdiri daripada pasukan Kazakhstan, UAE dan Iran sementara Kumpulan C dianggotai Hong Kong, Sri lanka dan Filipina.

Skuad Malaysia:

Puan Sri Diana (Ketua Kontinjen), Shuriram Nairural (chaperon), Mardina Kassim (chaperon), Paul Thevaraj (pengurus pasukan), Kilad Sauzah (jurulatih), Neville Philip (penolong jurulatih), Sandra Devie Mohana (fisio), Noel Philip (penganalis­a permainan). Pemain: Nurhafizah Syafiqah Azman, Shania Sunani Baduk, Richelle Ricky Chang Fui Ying, Amber Bernard, Helley Halim, Siska Ann Analina Sonny, Bertanilla Jubir, Nur Kasmahdian­a Muhammad Jaafar, Ester Gloria Piangkui, Feladeefia Jestin, Haslina Asarah, Annphilome­ena Raj Thevaraj, Zayra Zainani Pandikar Amin, Velerina Defney Freddolin, Lika Marlene Dangin, Nur Azrina Karmila Mohd Azman dan Mary Theresa Raj Thevaraj.

 ??  ?? PASUKAN
ragbi wanita Malaysia yang diwakili pasukan Sabah ke kejohanan di Dubai bergambar bersama Pandikar (depan empat dari kanan) dan Diana ( depan tiga dari kanan) di kediaman Pandikar di sini pada Sabtu.
PASUKAN ragbi wanita Malaysia yang diwakili pasukan Sabah ke kejohanan di Dubai bergambar bersama Pandikar (depan empat dari kanan) dan Diana ( depan tiga dari kanan) di kediaman Pandikar di sini pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia