Utusan Borneo (Sabah)

Pemilihan skuad Piala Presiden, Belia 2018: 49 dari fasa pertama tersenarai

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Seramai 49 pemain tersenarai untuk menjalani fasa dua ujian pemilihan skuad Piala Presiden (bawah 21 tahun) dan Piala Belia (bawah 19 tahun) Sabah 2018 di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) pada 28-30 November ini.

Pemain itu tersenarai itu adalah antara lebih 160 pemain yang telah diuji pada fasa pertama ujian pertama di venue sama pada 22-24 November lalu.

Turut akan menyertai fasa dua ujian pemilihan adalah 43 pemain sedia ada musim lalu (pemain Piala Presiden dan Piala Belia 2017) yang dikecualik­an dari fasa pertama.

Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan Pemain Piala Presiden dan Piala Belia Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Benedict Asmat (Gambar) berkata, semua pemain termasuk pemain sedia ada perlu bersaing untuk menyarung jersi Sabah.

“Tiada tempat automatik sama ada pemain lama atau baru. Kita akan beri peluang sama..semua perlu buktikan kemampuan bagi memikat perhatian panel pemilih yang terdiri daripada jurulatih-jurulatih berpengala­man Sabah diketuai Justin Ganai.

“Saya percaya persaingan untuk merebut tempat akan bertambah sengit bermula dari fasa dua nanti dan kita akan cuba dapat yang terbaik dalam kalangan yang terbaik agar dapat membentu pasukan Piala Presiden dan Piala Belia yang mantap musim depan,” kata Benedict ketika dihubungi pada Sabtu.

Benedict sekali lagi mengingatk­an bahawa disiplin masih antara kriteria yang diambil kira dalam pemilihan.

“Kita bukan hanya mahukan pemain yang berpotensi tetapi juga berdisipli­n sesuai dengan status sebagai pemain sama ada semasa berada di luar atau di dalam padang,” katanya.

Pemain dari fasa pertama yang tersenarai ke fasa dua ujian pemilihan:

Mohd Sharriezan Jeffrin (Pitas), Muhd Asyraf Rusydi Musa, Mohd Nur Iskandar Dzulkarnai­n Salman, Mohd Riaz Said Bahadar (Sandakan), Rahim Razali, Mohd Arizsham Jainul, Abdul Razak Khan Rishad Khan, Mohd Zulhijam Madjaffri, Faizulniza­m Aziz (Kinabatang­an), Mohd Faqrul Idris, Ahmad Irwanto Rusli, Mohd Nazri Farhan Abdullah, Arbi Usman (Tawau), Jemslee Cheng, Rayner Dolinte (Telupid), Zulkifly Harum, Khairul Azman (Beaufort), Abdul Hanafi Abdul Hasim, Rejmon Laimon (Tongod), Mohd Khuzairi Abdullah, Fyellonarl­lye Mcaxora Jappri (Kota Marudu), Yosia Filix Sapat, Andrew Beckham Jamry, Khairul Ikhwan Saiman (Sipitang), Suhaizan Nazmi Etin, (Lahad Datu), Johari Adey Begu, Muhammad Safirul Junaidi, Eric Edo, Mohd Nazemizan Nasrul, Mohd Jauzi (Kota Belud), Syuriansha Selamat (Beluran), Syarul Norsyahriz­uan Miti, Fadzlizan Ahmad (Putatan), Bellry Renno Ripin (Ranau), Muhamad Qayyum Saiman (Kuala Penyu), Syahrul Nizam Alex (Kudat), Asyraff Samsul Bahrin (WP KL), Moh Imran Khan Amir Gull (Bundu Tuhan), Lasiter Latimin (Tenom), Izan Rifa Safari, Shahril Sharin Jasrin (Keningau), Owen Piou, Davis Edson Darius, MacDrint Manus, Syafoq Noor, Syann Elvin Steven, Hazrul Ahmad, Alvin Noel dan Mohd Saiful Abdul Rahman (Kota Kinabalu).

Pemain sedia ada: Ranilson Batuil, Stanley Sulong, Mohd Radzi Saad, Hamran Peter, Fazile Jamileh, Eddey Ladius, Mohd Azmizan Rosli, Muhammad Zaki Sapri, Sullan Elvis Noh, Mohd Danishaizz Annuar, Mohd Jaylanie Kamaruddin, Yuseddy Yusiman, Abdul Raihan Rajum, Junloyck Pini Andawat, Kelvin Pengiran, Prosper George, Evan Wensley Wenceslaus, Adi Ali, Mohd Aidil Shahrolmiz­an Asimin, Pican Piok, Mohd Shah Mizie Abdul Rahim, Arius Dius Jais, Shahrul Asnan, Beckham Rico Louisee, Ellend Child Henry, Mohd Suzairee Samail, Fedrick Fadzly Gusmia, Mohd Shariman Mukarim, Mohd Asri Rustam, Mohd Aidil Safee, Joslan Aping, Gerald Gadit, Mohammad Syahmil Nizam Iqbal, Mohd Syukri Baharun, Mohd Aidil Muhimian, Mohammad Amirul Afiq Ali, Syafiq Ichwan Saiman, Muhammad Faqhrurazi Ahmad, Mohd Hizaz Mohd Lokman, Mohd Iqhbal Kassim dan Leonardo Lisua.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia