Utusan Borneo (Sabah)

Gunung Rosary Modingko berpotensi jadi pusat pelanconga­n

Berpotensi jadi pusat pelanconga­n

-

PUSAT ziarah Gunung Rosary Modingko terletak di Kampung Toboh Baru, kira-kira 13 kilometer dari pekan milik Gereja Katolik St Peter Claver Ranau (SPCR) berpotensi menjadi satu lagi pusat pelanconga­n menarik di daerah Ranau.

Kedudukann­ya yang menghadap Gunung Kinabalu serta dikeliling­i pemandanga­n cantik kepada beberapa kampung seperti Kampung Kinapulida­n, Manantanga, Kibbas, Kinarasan dan Kiwawyoi mampu menggamit pelancong datang berziarah ke situ.

Ketinggian Gunung Rosary Modingko yang melebihi 3,000 kaki dari paras laut dengan keadaan cuaca yang agak sejuk pasti menjadikan kawasan ini pilihan terbaik bagi pelancong menikmati ketenangan.

Demikian dinyatakan Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin ketika berucap di majlis penutupan gotong royong mencantikk­an kawasan gunung itu oleh penduduk beragama Katolik dari tujuh kampung dalam Zon Kibbas.

Menurut Pengerusi Penganjur Miki Api yang juga Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Kg Toboh Baru, idea untuk menjadikan gunung itu sebagai pusat ziarah dicetuskan Paderi Paroki Spcr Rev Fr Nicholas Stephen.

Katanya, ketika Fr Nicholas mengambil alih tugas sebagai Paderi Paroki Ranau sekitar dua tahun lalu, beliau menyatakan keinginann­ya untuk memilih sebuah tempat yang sesuai untuk membina tempat ziarah dan berdoa bagi umat Katolik daerah ini.

Selepas melawat umat Katolik di kampung itu dan dibawa ke Gunung Modingko, Fr Nicholas berkenan memilih tempat itu sebagai pusat ziarah di mana penduduk kampung seterusnya menyerahka­n pengurusan tanah seluas dua ekar itu kepada Gereja SPCR.

Menurut Miki lagi, pihak Gereja SPCR kelak akan mendirikan sebuah bangunan dewan terbuka yang akan menjadi tempat berziarah dan berdoa di samping mendirikan kemudahan lain seperti tempat penginapan, tandas, dapur memasak dan kelengkapa­n lain.

Bagaimanap­un, menurut Fr Nicholas rancangan memajukan gunung itu sebagai pusat ziarah dan peranginan akan dibuat secara berperingk­at peringkat memandangk­an keadaan kewangan SPCR yang tidak mengizinka­n, kata Miki.

Pada majlis itu, Ewon turut menyatakan kesediaann­ya untuk memberikan peruntukan membaiki jalan raya menuju ke gunung itu dari jalanraya besar Kg Kibbas Mohimboyon serta memberikan dua kanopi dan mesin pemotong rumput di situ.

Beliau turut memuji masyarakat di kampung itu serta kampung sekitar yang sentiasa memberikan kerjasama sangat baik terutama bergotong-royong membersih, mencantik dan memajukan kawasan gunung itu.

Kerjasama dan persepakat­an seperti ini yang tidak terlalu bergantung kepada pihak lain perlu dimiliki oleh setiap masyarakat.

Turut hadir di majlis itu Setiausaha Kerja Parlimen Dallius Ubin, Pengerusi Katolik Zon Kibbas Marinus Danim, Pemaju Mukim Karanaan Jounis Gobou, Katekis Petrus Laduni dan pemimpin setempat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK ceria membersih dan mencantikk­an kawasan Gunung Rosary Modingko.
PENDUDUK ceria membersih dan mencantikk­an kawasan Gunung Rosary Modingko.
 ??  ?? PENDUDUK kampung bergotong-royong membina anak tangga sejauh 100 meter menuju ke gunung itu.
PENDUDUK kampung bergotong-royong membina anak tangga sejauh 100 meter menuju ke gunung itu.
 ??  ?? TAPAK Gunung Rosary Modingko yang bakal dijadikan pusat ziarah dan berdoa.
TAPAK Gunung Rosary Modingko yang bakal dijadikan pusat ziarah dan berdoa.
 ??  ?? EWON menanam sebatang pokok kenangkena­ngan di gunung itu.
EWON menanam sebatang pokok kenangkena­ngan di gunung itu.
 ??  ?? EWON (tengah) bergambar bersama penduduk di puncak gunung itu.
EWON (tengah) bergambar bersama penduduk di puncak gunung itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia