Utusan Borneo (Sabah)

Sokong kempen kesedaran kanser, 28 sukarelawa­n botakkan kepala

28 sukarelawa­n membotakka­n kepala

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Seramai 28 sukarelawa­n membotakka­n kepala masing-masing sebagai simbolik menyokong kempen kesedaran terhadap penyakit kanser.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital KPJ Sabah Specialist Miranda Harumal berkata, kempen diadakan itu turut disokong lebih 150 peserta yang hadir dalam program itu.

“Dengan tema ‘Be Bold and Go Bald’, kempen yang diadakan adalah bagi meraikan semangat bersatu di seluruh dunia dalam menghadapi cabaran penyakit kanser.

“Kempen ini juga menyeru semua masyarakat di seluruh dunia bersatu bagi memerangi penyakit itu,” katanya ketika merasmikan Kempen Kesedaran Penyakit Kanser anjuran Hospital KPJ Sabah Specialist, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata kempen diadakan ini sekali lagi membolehka­n hospital itu mencipta sejarah dalam usaha untuk mengejar rekod yang ingin dicapai.

MIRANDA HARUMAL

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital KPJ Sabah Specialist

Katanya, kempen itu diadakan bertujuan meningkatk­an kesedaran orang awam mengenai penyakit kanser dengan memberikan fokus terhadap mencegah, mengesan dan mengubati.

“Dalam program hari ini, para sukarelawa­n dikehendak­i mencukur kepala mereka menjadi botak sebagai tanda sokongan moral kepada pesakit kanser selain meningkatk­an kesedaran orang awam mengenai penyakit itu.

“Saya berterima kasih kepada para sukarelawa­n yang menyokong kempen ini, antara mereka adalah dua kanak-kanak berumur enam dan tujuh tahun,” katanya.

Menurutnya, dalam kempen yang diadakan terdapat pelbagai acara diadakan seperti taklimat kesihatan oleh pakar-pakar Hospital KPJ Sabah Specialist, saringan kesihatan percuma, cabutan bertuah dan sebagainya.

“Dengan tema ‘Be Bold and Go Bald’, kempen yang diadakan adalah bagi meraikan semangat bersatu di seluruh dunia dalam menghadapi cabaran penyakit kanser. Kempen ini juga menyeru semua masyarakat di seluruh dunia bersatu bagi memerangi penyakit itu, ”

 ??  ?? (Gambar kiri) ANTARA peserta yang hadir menyokong kempen berkenaan.
(Gambar kiri) ANTARA peserta yang hadir menyokong kempen berkenaan.
 ??  ?? (Gambar atas) TAKLIMAT kesihatan yang diadakan.
(Gambar atas) TAKLIMAT kesihatan yang diadakan.
 ??  ?? SUKARELAWA­N yang membotakka­n kepala masing-masing sebagai tanda sokongan pada kempen itu.
SUKARELAWA­N yang membotakka­n kepala masing-masing sebagai tanda sokongan pada kempen itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia