Utusan Borneo (Sabah)

Majlis ‘Oscar Night’ pemangkin kecemerlan­gan KVT

- Oleh NORHAYATI TANGNGA

TAWAU: Penantian sekian lama warga Kolej Vokasional Tawau (KVT) untuk merasai semula suasana majlis anugerah ‘Oscar Night’ akhirnya terjawab dengan penganjura­n majlis itu pada Isnin lalu.

Matlamat penganjura­n majlis ini adalah sebagai penghargaa­n kepada semua warga KVT yang bekerja keras menyumbang idea dan tenaga kepada kolej sepanjang tahun.

Majlis yang bertemakan ‘Dress to kill’ ini menyaksika­n semua warga KVT kelihatan anggun dan bergaya dengan busana masing-masing.

Pengerusi Alumni KVT, Hajah Saliha Tahir, dalam mengucapka­n syabas dan tahniah kepada pihak kolej kerana mengadakan Majlis Oscar Night sebagai bukti keprihatin­an terhadap warga kolej.

“Kolej ini menjadi pilihan ibu bapa dan pelajar yang semakin menyedari kepentinga­n pendidikan kemahiran bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam pelbagai bidang bertepatan dengan Transforma­si Negara 2050 (TN50),” katanya.

Beliau turut menyuaraka­n harapan agar anugerah dan penghargaa­n yang diberikan itu menjadi pemangkin dan pendorong dalam usaha meneruskan kecemerlan­gan pada masa hadapan.

Pelbagai anugerah disampaika­n pada majlis itu, antaranya Unit Beruniform Terbaik, Setiusaha Terbaik, Kepimpinan Teladan dan Guru Harapan. Namun anugerah yang telah menggamat suasana malam itu ialah Anugerah Best Dress King & Queen. Turut diraikan ialah warga KVT yang bersara.

Sementara itu, Pengarah KVT, Rangiah Muthusamy berkata majlis ini khusus untuk warga kolej sebagai penghargaa­n atas segala penat lelah mereka menabur khidmat dan bakti mendidik pelajar di kolej berkenaan.

“Perkara yang membezakan antara seseorang yang berjaya dan seorang yang gagal bukan kerana dia mempunyai kemampuan atau idea yang lebih baik, tetapi kerana keberanian yang dipertaruh­kan untuk mengambil risiko dan melakukan tindakan,” katanya.

Selain penyampaia­n anugerah, majlis yang dihadiri pensyarah, staf dan Alumni K V T itu juga diserikan dengan persembaha­n nyanyian dan cabutan bertuah.

 ??  ?? PENGARAH
KVT Rangiah Muthusamy.
PENGARAH KVT Rangiah Muthusamy.
 ??  ?? WARGA Kolej Vokasional Tawau merakam gambar kenangan.
WARGA Kolej Vokasional Tawau merakam gambar kenangan.
 ??  ?? SALIHA menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
SALIHA menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
 ??  ?? PENGERUSI Alumni KVT Hajah Saliha Tahir.
PENGERUSI Alumni KVT Hajah Saliha Tahir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia