Utusan Borneo (Sabah)

Definisi buli lebih konkrit

Sedang digubal oleh Majlis Sosial Negara

-

KUALA LUMPUR: Majlis Sosial Negara akan menggubal definisi buli yang lebih konkrit bagi mengenal pasti tahap keseriusan gejala buli di sekolah dan juga dalam kalangan remaja di negara ini, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata untuk itu, semua agensi dan badan bukan kerajaan yang bernaung di bawah majlis tersebut diminta menghantar laporan dan cadangan berhubung perkara berkenaan termasuk langkahlan­gkah menanganin­ya pada Januari ini.

Berdasarka­n laporan terbabit, Majlis Sosial Negara akan merangka definisi buli termasuk perbuatan yang boleh diklasifik­asikan sebagai jenayah buli, katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n ‘Ketakupaya­an: Kami Peduli’ di Fakulti Pergigian Universiti Teknologi Mara Kampus Sungai Buloh, di sini, pada Sabtu.

Katanya definisi tersebut akan dijadikan garis panduan oleh sekolah di negara ini untuk menyediaka­n laporan yang kemudian akan diserahkan kepada Majlis Sosial Negara bagi penubuhan satu pangkalan data kes buli.

“Kes buli perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menjurus kepada gengsteris­me dan kes jenayah yang lain,” katanya.

Pada Jumaat, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Sosial Negara, berkata kerajaan bakal melaksanak­an empat langkah utama dalam menangani kes buli termasuk melaksanak­an pengelasan data yang memenuhi definisi buli yang sebenar.

Sementara itu, Rohani mencadangk­an agar kesihatan mental turut dimasukkan dalam polisi yang ditawarkan syarikat insurans.

“Jika aspek kesihatan mental boleh dimasukkan dalam polisi insurans, mungkin dapat bantu mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental ini terutamany­a dari segi rawatan terapi dan ubatubatan,” katanya.

Persidanga­n itu yang julung kali diadakan, disertai 300 pelajar dan staf fakulti bagi mendengar mengenai caracara penjagaan golongan istimewa. - Bernama

“Kes buli perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menjurus kepada gengsteris­me dan kes jenayah yang lain, ” DATUK SERI ROHANI ABDUL KARIM

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia