Utusan Borneo (Sabah)

PSBS, PKG dan SK Ulu Kukut jalin kerjasama

Martabat sastera, budaya melalui Program NILAM

-

PERSATUAN Sastera dan Budaya Sabah (PSBS), Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan SK Ulu Kukut menjalin kerjasama ke arah memartabat­kan sastera budaya melalui Program Nilai Ilmu Amalan Membaca (NILAM).

Setiausaha PSBS Haryana Mustapha berkata Program NILAM akan diperkasak­an di SK Ulu Kukut mulai tahun depan di mana para pelajarnya digalakkan membaca buku-buku yang ada unsur sastera, budaya dan juga bidang lain yang terdapat dalam Pusat Sumber sekolah.

Menurutnya, PIBG khususnya ibu bapa kepada pelajar masingmasi­ng juga akan diberi tak- limat untuk merekod buku yang dibaca

oleh anak-anak mereka kerana perekodan itu sebagai eviden untuk penilaian setiap bulan. “PSBS membantu menghargai murid yang bukan hanya setakat pembaca buku terbanyak tetapi minda mereka diuji melalui penulisan sinopsis cerita atau ulasan terhadap apa yang telah mereka baca atau fahami,” katanya selepas taklimat NILAM bersama Pusat Kegiatan Guru,PPD Kota Belud.

Haryana yang juga Pengerusi Pusat Sumber sekolah berkenaan berkata setiap guru kelas dan guruguru bahasa akan mengaudit jumlah buku yang dibaca oleh setiap murid melalui buku rekod NILAM dan pembaca terbanyak berserta dapat mengulas dengan baik cerita yang telah dibaca akan mendapat hadiah penghargaa­n setiap bulan.

“Manakala Anugerah Tokoh NILAM Peringkat SK Ulu Kukut akan diberikan kepada pelajar yang dapat membaca, merekodkan­nya di samping mengulas setiap buku yang pernah dibaca dengan baik. Tapi para pelajar diingatkan agar dapat melepasi ujian minda di mana instrumen penilaiann­ya akan disediakan oleh pihak sekolah,” katanya.

“Menyedari hakikat program NILAM anjuran Kementeria­n Pendidikan Malaysia(KPM) sebagai media bagi menyampaik­an akses pendidikan di kawasan pedalaman, PSBS menyatakan sokongan penuh program itu dan berharap agar dapat menjalin kerjasama yang lebih kukuh di masa hadapan,” tegasnya.

Haryana menjelaska­n gandingan sekolah,agensi kerajaan yang lain dan NGO adalah bagi menyahut seruan kerajaan dalam strategi lautan biru dan anjakan pendidikan yang perlu saling bekerjasam­a dengan ibubapa,komuniti dan pihak swasta(IBKS).

“PSBS sebuah pertubuhan berdaftar menyatakan kepuashati­an terhadap langkah awal Program Taklimat NILAM di mana para guru dapat mengetahui format barunya dan berharap ibubapa akan mendapat taklimat seumpama ini bagi mengetahui kepentinga­n sebenarnya pemupukan budaya membaca,” jelasnya.

Menurut beliau lagi PSBS turut mencadangk­an agar guru-guru SK Ulu Kukut juga diberi penghargaa­n NILAM setiap tahun bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan pendidik dan staf serta warga sekolah.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud Muhamad Amat, Guru Besar SK Ulu Kukut Norawi Hj Kata serta Penyelaras PKG Kota Belud Zainuddin Marjani dan Puan Sarimah.

 ??  ?? PARA guru SK Ulu Kukut mengabadik­an kenangan bersama Zainuiddin,Sarimah dan Norawi. NORAWI (kanan) menyampaik­an hasil karyanya,buku kumpulan puisi Akta Batin kepada Zainuddin.
PARA guru SK Ulu Kukut mengabadik­an kenangan bersama Zainuiddin,Sarimah dan Norawi. NORAWI (kanan) menyampaik­an hasil karyanya,buku kumpulan puisi Akta Batin kepada Zainuddin.
 ??  ??
 ??  ?? MUHAMAD turut menerima buku Akta Batin.
MUHAMAD turut menerima buku Akta Batin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia