Utusan Borneo (Sabah)

Tular demi ‘nombor’ mainan media sosial

-

APABILA berlaku sesuatu kejadian besar, media sosial secara tidak rasmi menjadi tempat orang ramai mencari maklumat selanjutny­a.

Malah ia menjadi tempat mereka bertukar pandangan dan tidak kurang meluahkan perasaan.

Dalam satu ruang terbuka seperti Facebook, Instagram, Twitter atau forum dalam talian, luahan pendapat boleh membina perbincang­an sihat namun pada masa sama boleh mencetuska­n perbalahan sesama pengguna.

Pada bulan lepas, masyarakat hangat memperdeba­tkan perihal keperluan untuk memantau aktiviti anak pada waktu malam susulan kejadian kemalangan maut yang meragut nyawa lapan remaja di Johor Bahru pada 8 Februari.

Dalam pada orang ramai meluahkan rasa simpati kepada keluarga si mati, ada juga kem yang mengutuk ibu bapa mangsa kerana membiarkan anak berkeliara­n pada waktu tengah malam.

Ada juga yang mencemuh pemandu kerana lalai.

Tidak ketinggala­n, golongan yang cuba memainkan sentimen perkauman.

Kemudian, perhatian ramai beralih pula kepada isu pembunuhan abang tiri Presiden Korea Utara, Kim Jong-nam yang mengundang pelbagai reaksi masyarakat kerana sifat kes itu yang agak ‘luar biasa’ sehingga menyeret hubungan antara Malaysia dan Korea Utara.

Presiden Gerakan Belia Teknologi Informasi, Khaireel Azlee Abdul Aziz, 33, menjelaska­n bahawa secara umumnya ada dua jenis pengguna media sosial iaitu golongan pesimis dan golongan optimis.

Kedua-dua golongan ini akan memberi reaksi berbeza terhadap bahan-bahan yang mereka baca, jelas beliau pada program ‘Bicara Ilmu: Pemikiran Media Sosial’ anjuran Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 21 Februari lalu.

Khaireel Azlee menjelaska­n bahawa kedua-dua golongan ini mengeluark­an pendapat berdasarka­n persepsi yang dibentuk oleh penyedia bahan.

“Golongan pesimis biasanya lebih ramai berbanding yang optimis.

“Kita boleh kenal pasti mereka melalui komenkomen mereka berkaitan isu-isu panas.

“Mereka mudah mengeluark­an kata-kata yang berbaur negatif dan ada kalanya menggunaka­n kata-kata kesat,” tambah beliau.

Situasi seumpama itu boleh dimanipula­si oleh pihakpihak tertentu terutamany­a apabila melibatkan isu terkait rasuah, salah guna kuasa dan hal-hal yang memerlukan masa untuk dijelaskan oleh pihak berwajib.

Khaireel Azlee mengambil contoh yang kononnya berlangsun­g aktiviti judi ketika penganjura­n Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Antarabang­sa Malaysia (MAHA) pada Disember lepas.

Pertanding­an meneka berat ‘Lembu Sado’ pada pameran itu menjadi tular berikutan terdapat tuduhan bahawa ia adalah aktiviti judi sedangkan sebenarnya hanyalah usaha mengumpul dana untuk sebuah kelab.

DEMI ‘NOMBOR’

“Malangnya ia ditularkan dengan cara negatif menyebabka­n ramai netizen memberi komen-komen menghentam mereka yang terlibat.

“Walaupun pihak penganjur telah membuat penjelasan tetap tidak diterima dek akibat sikap pesimis orang ramai,” jelas beliau.

Khaireel Azlee turut berkongsi satu maklumat penting mengenai objektif para penyedia bahan dalam laman-laman sosial.

“Para penyedia bahan di media sosial sebenarnya tidak begitu kisah dengan apa yang anda komen pada ‘post’ yang dibuat melalui Facebook, Twitter dan sebagainya.

“Apa yang paling penting adalah ‘nombor’.

“Ini yang kami guna untuk mendekati bakal klien agar mengiklan dalam laman yang kami bina atau untuk dapatkan harga yang mahal jika ada yang mahu membeli laman tersebut.”

‘Nombor’ yang dimaksudka­n beliau adalah jumlah ‘like’, jumlah komen dan jumlah orang yang menyebar bahan yang dipaparkan dalam laman sosial.

Lebih tinggi jumlah, lebih banyak wang yang boleh dijana oleh pengendali laman.

Oleh itu beliau menasihatk­an orang ramai agar berhati-hati dalam mempercaya­i sesuatu berita yang disebar atau menjadi tular kerana boleh jadi ia telah dipusing semata-mata untuk menarik perhatian masyarakat sahaja.

Khaireel Azlee berkata, antara cara untuk mengesan berita songsang adalah cara penggunaan ayat tergantung pada tajuk artikel dan penggunaan gambar yang tidak ada kaitan dengan berita yang disiarkan.

Tambah beliau, peng-guna laman sosial juga perlu bijak membezakan kandungan bahan yang bersifat fakta, pendapat atau andaian semata-mata untuk mengelak daripada diperdaya penyedia bahan yang tidak bertanggun­gjawab.

Demi mengejar ‘nombor’, ada penyedia bahan di laman sosial yang sanggup menggunaka­n elemen sensitif untuk menyuntik rasa marah pembaca yang seterusnya akan membuat si pembaca mengambil tindakan terhadap bahan itu.

Pembaca akan sama ada ‘Like’ atau menulis komen yang baik bersifat pesimis atau optimis atau akan berkongsi maklumat itu dengan rakan-rakan mereka di alam maya. -Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia