Utusan Borneo (Sabah)

Industri automotif sumbang empat peratus KDNK

Sumbang tenaga kerja lebih 700,000 pekerja di seluruh negara

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTAKINABA­LU: Industri automotif menyumbang empat peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata ia juga telah menyumbang tenaga kerja lebih dari 700,000 pekerja di seluruh negara.

“Industri automotif negara terdiri daripada 27 pengeluar kenderaan dan lebih daripada 640 pengeluar komponen.

“Ia adalah yang ketiga terbesar di Asia Tenggara dan ke-23 terbesar di dunia dengan mencatatka­n pengeluara­n tahunan kirakira lebih 500,000 buah kenderaan,” katanya.

“Dalam pada itu, ia menyumbang sebanyak RM40 bilion kepada KDNK negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Borneo Imports Meet Kedua di sini pada Sabtu.

Tambahnya industri automotif negara mula kembali seperti pada era kolonial British.

DATUK SERI PANGLIMA HAJIJI NOOR Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

Katanya industri berkenaan tertubuh selepas kemerdekaa­n negara pada 1967 untuk meransang pertumbuha­n perindustr­ian Malaysia.

“Sejak itu, kerajaan telah menawarkan pelbagai inisiatif untuk menggalakk­an pemasangan kenderaan tempatan dan pembuatan komponen kereta.

“Pada 1983, kerajaan terlibat secara langsung dalam industri automotif melalui penubuhan syarikat kereta kebangsaan Proton diikuti dengan Perusahaan Otomotif Kedua Sdn Bhd (Perodua) pada 1993.

“Sejak dekad lalu, kerajaan telah berusaha meliberali­sasi kan industri automotif domestik menerusi perjanjian perdaganga­n bebas, penswastaa­n dan harmonisas­i peraturan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),” jelasnya.

Namun, jelasnya proses berkenaan memakan masa

“Ia adalah yang ketiga terbesar di Asia Tenggara dan ke-23 terbesar di dunia dengan mencatatka­n pengeluara­n tahunan kira-kira ” lebih 500,000 buah kenderaan

kerana perlu mengambil kira kepentinga­n industri kereta kebangsaan.

“Industri automotif negara terutamany­a, memenuhi permintaan domestik dan hanya beberapa ribu kenderaan yang dibina sepenuhnya (CBU) dieksport setiap tahun.

“Eksport komponen dan alat ganti buatan negara terus meningkat dengan ketara pada dekad yang lalu sehingga menyumbang kira-kira lebih RM11 bilion kepada KDNK Malaysia pada 2016,” katanya.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Angkatan Hebat Datuk Henry Hing dan Pengerusi Penganjur Borneo Imports Meet Kedua Alan Fung.

 ??  ?? kanan: Hajiji, Henry dan Alan bersama melawat tapak pameran kereta yang terdapat pada program berkenaan.
DARI
kanan: Hajiji, Henry dan Alan bersama melawat tapak pameran kereta yang terdapat pada program berkenaan. DARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia