Utusan Borneo (Sabah)

Diskaun hebat Homy Furniture di bilik pameran baharu the. Bedroom

-

KUCHING: Homy Furniture mengadakan jualan dengan diskaun hebat di bilik pameran baharu the. Bedroom bermula semalam sehingga 26 November ini.

Premis pameran tersebut terletak di SL6, Lot 16778, Saradise Kuching, Off Jalan Stutong dekat perumahan BDC di sini.

Sebagai panduan kepada kediaman yang selesa, pihaknya menyediaka­n jurujual yang berpengala­man untuk memberi tip berguna untuk membeli perabot yang bersesuaia­n dengan cita rasa dan gaya hidup.

Pihaknya menyediaka­n set kabinet dapur dan almari bilik tidur yang boleh di ubah suai saiz dan padanannya dengan ruangan di dalam rumah.

Bahan kebal dan berkualiti yang digunakan bagi set kabinet dapur menggunaka­n ‘kompacplus’ yang mana tahan lasak dan berupaya menahan pelbagai jenis tekanan, anticalar dan kalis api.

Bahan pembuatan kabinet dapur turut didatangka­n dengan marmar yang diolah dengan teliti untuk kemasan yang cantik dan selamat di dalam ruangan dapur kediaman.

Di samping itu, bahan aluminium yang digunakan bagi membina kerangka kabinet dapur serta almari bilik tidur mempunyai ketebalan tertentu dan kelihatan cantik.

Set almari turut disediakan khas dengan gelas tebal yang ditinta mengikut cita rasa pembeli dan pintu almari boleh dipilih untuk bukaan beberapa hala.

Sementara itu, diskaun 20 peratus disediakan bagi mereka yang mengidamka­n set katil dan tilam jenama ‘Technogel’ buatan Itali turut diberikan percuma dua bantal bernilai RM1,399 setiap satu. Jenama tilam ‘Sweetdream­s’ merupakan ciptaan standard yang sering dimiliki di rumah kediaman Eropah dan bebas Methlene Chloride (MC) turut diberikan dua bantal percuma yang bernilai RM149 setiap satu.

Fibrelux buatan Malaysia yang mendapat pasaran meluas di negara Jepun juga dijual dengan 35 peratus diskaun dan infiniti ‘formaldehy­e’ bagi mereka yang sensitif terhadap bahan kimia.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke nombor 082-529775 bermula jam 9.30 pagi sehingga 6 petang (IsninSabtu), 9.30 pagi hingga 4 petang (Ahad) pada hari biasa.

Namun sepanjang diskaun hebat diadakan operasi bermula 9.30 pagi sehingga 6 petang (Jumaat dan Sabtu) manakala 9.30 pagi hingga 6 petang (Ahad).

 ??  ??
 ??  ?? SET katil dan tilam yang menjadi idaman setiap isi rumah.
SET katil dan tilam yang menjadi idaman setiap isi rumah.
 ??  ?? ALMARI pakaian bercermin yang tampak eksklusif.
ALMARI pakaian bercermin yang tampak eksklusif.
 ??  ?? KABINET dapur yang begitu sofitikate­d dan moden.
KABINET dapur yang begitu sofitikate­d dan moden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia