Utusan Borneo (Sabah)

AAX kaunter diniagakan paling cergas selepas catat keputusan lemah

-

KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd (AAX) merupakan kaunter paling cergas diniagakan dalam sesi pagi semalam selepas mengumumka­n keputusan tahun kewangan suku ketiganya yang rendah.

Pada jam 11 pagi, saham AAX susut 2.5 sen kepada 35.5 sen dengan 32.9 juta saham diniagakan.

Syarikat penerbanga­n tambang rendah jarak jauh itu mencatatka­n kerugian bersih sebanyak RM43.3 juta dalam suku tersebut berbanding keuntungan RM11.02 juta dalam suku yang sama tahun lepas, ekoran peruntukan sekali bagi hutang ragu sebanyak RM50.2 juta meskipun hasilnya meningkat 14.5 peratus kepada RM1.12 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif AAX Malaysia (CEO), Benyamin Ismail, dalam satu kenyataan kelmarin berkata peruntukan sekali bagi hutang ragu itu merupakan satu langkah yang perlu diambil ketika syarikat itu beralih daripada keputusan perniagaan pengurusan masa lalu.

Bagaimanap­un, beliau berkata tidak termasuk peruntukan sekali itu, syarikat penerbanga­n tersebut mencatatka­n operasi baik dalam suku tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata syarikat penerbanga­n itu menyediaka­n perkhidmat­an kepada lebih ramai penumpang dan mencatatka­n faktor muatan tinggi di seluruh pasaran yang ia beroperasi meskipun persekitar­an operasi sukar dalam suku ketiga tahun kewangan yang kebiasaann­ya mencatatka­n prestasi lemah.

Mengenai prospek masa depan, beliau berkata syarikat penerbanga­n itu akan menyelaras­kan rangkaiann­ya dan memperkena­lkan pasaran baharu bagi mengukuhka­n rangkaian serta menyokong sasaran hasil dan keuntungan­nya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia