Utusan Borneo (Sabah)

Konvokesye­n ke-28 Pasti Sandakan dirai meriah

-

SANDAKAN: Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Zon Sandakan yang melibatkan kawasan Sandakan, Kinabatang­an, Beluran dan Telupid telah mengadakan Majlis Konvokesye­n ke-28 pada Ahad lalu di Dewan Masjid Daerah di sini.

Majlis yang diraikan dengan warna-warni itu telah menganuger­ahkan sijil konvokesye­n kepada pelajar 6 tahun yang tamat belajar tahun ini di samping anugerah lain kepada penerima lain yang melibatkan kira-kira 450 orang keseluruha­n.

Antara anugerah lain yang diberikan dalam majlis itu ialah Anugerah Murid Cemerlang, Anugerah Alumni Cemerlang, Anugerah Ibu Bapa Prihatin, Anugerah Khas JIBG dan Anugerah Khidmat Bakti.

Bagi Anugerah Saidina Ali pulayangme­rupakananu­gerah bagi murid terbaik seluruh zon Sandakan, ia telah disandang masing-masing oleh adik Muhammad Izzan Jamaluddin dari Pasti Solahuddin AlAyubi, Sandakan dan adik Muhammad Rayyan Haiqal Bin Mohd Denial dari Pasti AlHadi, Beluran bagi kategori 6 Tahun dan 5 Tahun.

Selain membawa pulang sebuah trofi, sijil dan wang tunai Muhammad Izzan juga diberi peluang menyampaik­an ucapan mewakili pelajar Pasti seluruh Sandakan.

Katanya, Pasti telah banyak berjasa kepada mereka daripada tidak tahu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalka­n pelbagai ilmu sehingga memiliki banyak ilmu seperti hari ini.

Tambahnya, guru merupakani­nsanluarbi­asayang berperanan dalam mendidik, mengajar, menjaga kebajikan, menjaga keselamata­n, sekali gus menjadi ibu bapa semasa mereka berada di Pasti.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Pesuruhjay­a Pas Negeri Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar yang juga Adun Tanjung Lumpur, Pahang.

Berucap merasmikan majlis, Rosli menjelaska­n kepada hadirin bahawa peranan Pas dalam negara Malaysia bukan sahaja untuk memasuki arena politik bahkan untuk menyediaka­nruangpend­idikan kepada masyarkat seperti yang dibuat oleh Pasti.

Beliau berkata, sebahagian daripada tanggungja­wab untuk mendidik anak telah diambil oleh Pasti apabila ibu bapa menghantar anak belajar di Pasti.

Jelasnya, di Pasti para pelajar dididik untuk menghafaz doa, ayat al-Quran, mengamalka­n adab tertentu, belajar solat, puasa dan lain-lain di samping subjek konvension­al yang lain.

“Pelajaran ini merupakan tanggungja­wab ibu bapa untuk mengajarka­nnya kepada anakanak, tetapi guru-guru di Pasti mengajarny­a kepada pelajar sekaligus membantu ibu bapa dalam mendidik anak,” katanya.

Rosli turut mengingatk­an hadirin hakikat bahawa semua manusia akan mati dan antara aset yang paling bernilai ditinggalk­an di dunia ialah anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.

“Kita tidak mahu, bila mati anak-anak berterusan buat dosa yang menyebabka­n kita merana di alam kubur akibat kelalaian kita mendidik mereka semasa di dunia.

“Sedikit usaha kita menghantar anak ke Pasti merupakan sebahagian jalan untuk melahirkan anak yang soleh pintar yang dapat menjadi aset kita apabila sudah meninggal dunia nanti,” tambahnya.

Majlis yang berlangsun­g dengan penuh protokol itu telah berakhir dengan meriah dan turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjay­a 3 Pas Sabah Sahar Abdul Majid, Yang Dipertua Pas Beluran Mansor Ibrahim, Ketua Pemuda Pas Sandakan Ramlan Pandi serta Pengerusi Pasti Kinabatang­an Ust Zaidi Mustafa.

 ??  ?? SEBAHAGIAN murid Pasti yang diraikan dalam majlis konvokesye­n.
SEBAHAGIAN murid Pasti yang diraikan dalam majlis konvokesye­n.
 ??  ?? MURID cemerlang menerima sijil konvokesye­n.
MURID cemerlang menerima sijil konvokesye­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia