Utusan Borneo (Sabah)

58 pelajar dan guru-guru SK Ansip lawat Tenom

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Seramai 58 orang terdiri daripada guru-guru dan para murid tahun enam SK Ansip di sini telah melakukan program Lawatan sambil Belajar ke daerah Tenom baru-baru ini.

Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Taman Pertanian Sabah dan juga Kilang Kopi Yit Foh.

Penolong Kanan Pentadbira­n sekolah yang juga Ketua rombongan, Jaafar Abidin memberitah­u bahawa program yang julung kalinya diadakan itu bertujuan untuk memberi peluang dan pendedahan kepada para murid khususnya murid tahun enam sekolah itu.

Katanya, mereka yang akan melangkah ke tingkatan satu di sekolah menengah pada tahun hadapan dapat menimba ilmu dan mengisi masa lapang selepas menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diadakan September lalu.

“Sejajar dengan halatuju Kementeria­n Pendidikan Malaysia dalam melahirkan insan yang berilmu dan berdaya saing pada masa hadapan maka program seperti ini sangat-sangat membantu para murid,” katanya.

Sementara itu, Guru Penyelaras program lawatan tersebut, Farah Eliza Donggulu, berkata para murid yang terlibat pada lawatan tersebut merasakan program itu sangat menyeronok­kan dan banyak memberi mereka ilmu dan pengetahua­n mengenai spesiesspe­sies tumbuhan, pokok-pokok dan bunga-bungaan yang terdapat dalam Taman Pertanian tersebut.

Katanya, pada lawatan tersebut, para murid telah dibawa melawat ke Taman Bunga Orkid ( Hybrid Orchid Centre ), Sabah Garden, Ladang Buah-buahan, Kawasan pemelihara­an Madu Kelulut dan kawasan penanaman spesis pokokpokok yang jarang ditemui.

“Salah satu pokok yang menjadi tumpuan ialah spesies pokok ‘Canon ball’.

“Destinasi lawatan pada kali ini bukan sahaja ke Taman Pertanian Sabah yang terletak di Lagud Seberang, tetapi murid-murid juga dibawa melawat ke Kilang Kopi Yit Foh yang terletak kirakira 2 kilometer sahaja dari pekan Tenom,” kata Farah.

Turut menyemarak­kan kegembiran para murid pada lawatan tersebut adalah semasa mereka menaiki mini keretapi yang membawa mereka melawat ke tempat-tempat yang dilawati sambil menghirup udara nyaman dan melintasi tasik buatan manusia yang terdapat di Taman Pertanian berkenaan, satu-satunya ladang pertanian yang terkenal di negara ini.

MenurutFar­ah,programMel­awat sambil belajar membabitka­n 46 murid tahun enam dan 12 orang guru yang juga turut disertai Guru Besar sekolah berkenaan, Martin Limar.

Menurut Martin, impak dari lawatan sehari suntuk itu sudah tentu akan banyak memberi manfaat dan pengalaman berguna bukan sahaja kepada para murid khasnya tetapi juga kepada guru-guru amnya.

“Lawatan serupa akan diadakan pada tahun hadapan tetapi kali ini kita akan bawa para murid melawat keluar daerah ia itu ke Kota Kinabalu di mana lebih banyak tempat-tempat yang boleh dilawati “kata Martin lagi.

 ??  ?? PARA guru dan pelajar bergambar ketika lawatan ke Taman Pertanian Sabah.
PARA guru dan pelajar bergambar ketika lawatan ke Taman Pertanian Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia