Utusan Borneo (Sabah)

Irama R&B bawa mesej positif kepada peminat: Nocturnal

-

“KAMI tidak menghasilk­an lagu yang sedap tetapi berkarya untuk menyampaik­an pesanan yang berunsurka­n positif kepada peminat,” kata Mohd Syafiq Shahdan, 26, salah seorang anggota kumpulan muzik Nocturnals.

Beliau berkata kumpulan yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu itu turut dianggotai Afnan Fitri Md Jury, 23, Ahmad Bakti Ismail, 24, dan Mohd Faiz Md Fazil, 24.

“Lagu pertama yang kami nyanyikan berempat berjudul ‘Wujudnya Aku’. Liriknya amat bermakna bagi setiap insan yang berhajat meluahkan perasaan mereka kepada ibu bapa yang tercinta,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu rancangan Nine 11 terbitan Bernama News Channel (BNC), di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mohd Syafiq berkata istimewany­a setiap anggota kumpulan itu berkeboleh­an untuk menyanyi dalam irama R&B dan bernaung dalam syarikat mereka Nocturnals Muzik.

Katanya sebagai sebuah kumpulan yang masih baharu bertapak dalam industri hiburan tempatan, kumpulan Nocturnals akan sentiasa belajar dan berusaha agar karya yang dihasilkan kumpulan itu akan memberi impak positif kepada peminatnya.

Sementara itu, Afnan Fitri berkata aktiviti menyanyi itu hanya dilakukan secara sambilan kerana mempunyai kerjaya dan komitmen masingmasi­ng.

“Untuk lagu terbaru iaitu ‘Terimalah Kepulangan’ hanya melibatkan kami berdua (Mohd Syafiq dan Afnan Fitri) yang boleh didengari di SoundCloud, sebuah platform yang menyiarkan muzik dan lagu baharu selain daripada Youtube,” katanya sambil menambah lima buah lagu mereka turut disiarkan di laman Youtube.

Antara lagu itu adalah ‘Kita Semua Patung’, ‘Vape Festival’ dan ‘Engkau Perlu Tahu’ hasil ciptaan anggota kumpulan itu. — Bernama

 ??  ?? DUA daripada empat anggota Kumpulan Nocturnal, Mohd Syafiq Shahdan (Botak) dan Afnan Fitri
Md Jury selepas menyampaik­an lagu berjudul ‘Terimalah Kepulangan’ dalam program Nine 11 terbitan Bernama News Channel (BNC) baru-baru ini. — Gambar Bernama
DUA daripada empat anggota Kumpulan Nocturnal, Mohd Syafiq Shahdan (Botak) dan Afnan Fitri Md Jury selepas menyampaik­an lagu berjudul ‘Terimalah Kepulangan’ dalam program Nine 11 terbitan Bernama News Channel (BNC) baru-baru ini. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia