Utusan Borneo (Sabah)

Penuhi keperluan pasaran kerja

Hubungan NBUC, kerajaan dan pemain industri beri manfaat bersama

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Menjalinka­n hubungan baik antara North Borneo University College (NBUC) dengan kerajaan serta pemain industri dalam dan luar negara akan memberi manfaat kepada ketiga-tiga pihak.

Canselor NBUC Toh Puan Norlidah R.M Jasni berkata, usaha itu termasukla­h pelaksanaa­n pelan perkongsia­n strategik bagi menyumbang kegemilang­an akademik institusi berkenaan.

“Saya yakin jika NBUC mampu menawarkan kepakaran ahli-ahli akademik kepada ketiga-tiga pihak ini, ia akan menjadi pemangkin kepada pembanguna­n NBUC.

“Di samping itu, ia juga dapat merealisas­ikan hasrat NBUC menjadi universiti penuh pada tahun 2020,” katanya berucap pada Majlis Konvokesye­n pertama NBUC dan Geomatika College Keningau (GCK) di sini pada Sabtu.

Seramai 315 graduan peringkat sijil dan diploma dari program seperti Perniagaan, Pengurusan Pelanconga­n, Pendidikan Awal KanakKanak, Geomatika dan Ukur Tanah, serta Setiausaha Korporat Eksekutif menerima sijil tamat pengajian.

Dalam ucapannya, Norlidah merakamkan penghargaa­n dan syabas kepada barisan akademik dan warga kerja NBUC yang sentiasa memastikan pelajar mengharung­i pengajian dengan selesa dan bermakna.

Pada masa sama, beliau yakin bahawa segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh graduan akan menjadi bekalan berguna apabila masuk ke alam pekerjaan.

“Saya berharap graduan akan terus beriltizam untuk mengamalka­n ilmu yang diperoleh semasa menuntut di NBUC demi menyumbang kepada inovasi pembanguna­n negara.

“Jadilah graduan yang berakhlak mulia, bersemanga­t waja dan beretika dalam mendepani kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Pro Canselor merangkap Presiden NBUC Profesor Mohaizi Mohamad menyeru graduan agar berani dan proaktif dalam memahami perindustr­ian 4.0 di mana 45 peratus pekerjaan semasa yang tersedia akan didigitalk­an.

Katanya, graduan juga perlu mempunyai Emotional Quotient (EQ), Intelligen­t Quotient (IQ) dan Digital Quotient (DQ), serta memiliki Social Quotient (SQ) dan Love Quotient (LQ) yang tinggi untuk berjaya dalam pekerjaan kelak.

Pada majlis itu, Pelajar Jessuol Sutirin yang mengambil Diploma Pengurusan Pelanconga­n dari Fakulti Pengurusan Pelanconga­n dan Hospitalit­i menerima Anugerah Naib Canselor sekaligus Anugerah Presiden selaku pelajar terbaik keseluruha­n dengan PNGK 3.86.

Selain itu, Vironika Gumpai yang mengambil Diploma Pendidikan Awal KanakKanak dari GCK dengan

PNGK 3.76 turut menerima Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Rektor.

Hadir sama Naib Canselor NBUC Profesor Datuk Dr Mohd Sufian Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif NBUC Profesor Madya Doretty R Jiroh, dan Rektor GCK Ben Delos Chie.

 ??  ?? NORLIDAH (kanan) menyampaik­an sijil kepada Jessuol yang berjaya mendapat Anugerah Presiden setelah menjadi pelajar terbaik keseluruha­n.
NORLIDAH (kanan) menyampaik­an sijil kepada Jessuol yang berjaya mendapat Anugerah Presiden setelah menjadi pelajar terbaik keseluruha­n.
 ??  ?? SEORANG graduan, Messiah Masir Chow, yang mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia Setiausaha Korporat Eksekutif Tahap 3 antara yang menerima sijil.
SEORANG graduan, Messiah Masir Chow, yang mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia Setiausaha Korporat Eksekutif Tahap 3 antara yang menerima sijil.
 ??  ?? MOHAIZI (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Norlidah pada majlis berkenaan. -Gambar dari Penerangan
MOHAIZI (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Norlidah pada majlis berkenaan. -Gambar dari Penerangan
 ??  ?? SEBAHAGIAN graduan yang diraikan pada majlis berkenaan.
SEBAHAGIAN graduan yang diraikan pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia