Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho tidak gembira dengan prestasi terkini Mkhitaryan

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho memberikan analisis ‘jujur’ tentang prestasi menurun pemain tengahnya, Henrikh Mkhitaryan ketika menjelas kenapa pemain itu digugurkan dari skuad barubaru ini.

Pemainanta­rabangsaAr­menia itu dijangka akan diturunkan semula pada perlawanan Liga Perdana menentang Brighton selepas tidak berada dalam skuad bermain untuk dua perlawanan terakhir.

Kali terakhir Mkhitaryan berada dalam kesebelasa­n utama United, beliau mempamerka­n aksi hambar ketika tewas kepada Chelsea pada awal bulan dan Mourinho menjelaska­n, ia adalah kesabaran terakhir untuk beliau.

“Saya tidak gembira dengan prestasi terakhir beliau,” kata Mourinho. “Dan saya tidak bercakap tentang satu atau dua, saya bercakap tentang tiga, empat atau lima. Beliau memulakan musim dengan sangat baik dan selepas itu, prestasi beliau hilang dari satu perlawanan ke satu perlawanan lain.

“Tahap prestasi beliau – dari segi jaringan gol, umpanan gol, membantu serangan, menerima bola, bermain secara berpasukan sebagai pemain nombor 10 – menurun setiap perlawanan.

“Dan ada ketikanya, kesabaran tidak lagi memadai. Pemain lain, mereka bekerja untuk satu peluang. Setiap orang berusaha untuk satu peluang, jadi ia mudah.”

Mkhitaryan mengharung­i tempoh sukar di Old Trafford sejak tiga dengan yuran perpindaha­n 26 juta pound dari Borussia Dortmund pada 2016.

Beliau mendapati dirinya digugurkan dari kesebelasa­n utama selama lebih dua bulan di awal musim selepas aksi hambar ketika tewas 1-2 kepada Manchester City. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia