Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Kesihatan Tawau juara futsal

Kejohanan Sukan SK Mawar kali ke-15

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Sukan dan kokurikulu­m amat penting dalam penilaian murid yang merupakan komponen kemenjadia­n dan keberhasil­an murid.

Penyelia Unit Sukan, Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan Suriyansya­h M Yunus berkata melalui aktiviti sukan, dapat menonjolka­n bakat dan kebolehan murid dalam acara sukan disamping meningkatk­an lagi mutu sukan sekolah.

“Selain itu, ia juga dapat membentuk imej dan sahsiah murid-murid supaya menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan sahaja dalam bidang kurikulum malah dalam bidang ko-kurikulum.

“Justeru, murid-murid haruslah mencintai aktiviti sukan kerana bersukan bukan sahaja menyihatka­n tubuh badan malah memberi kecergasan minda,” katanya semasa merasmikan Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan (SK) Mawar kali ke-15 di padang sekolah berkenaan pada Isnin lepas.

Katanya program ini merupakan program yang wajib diadakan setiap sekolah pada setiap tahun.

Justeru beliau berharap kejayaan murid-murid dalam acara sukan itu akan memberi suntikan semangat untuk menceburka­n diri dalam kegiatan sukan.

Beliau berkata dengan adanya kejohanan sukan seperti ini, ia dapat meningkatk­an potensi muridmurid agar menjadi insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara seterusnya menanamkan semangat kesukanan yang tinggi dalam diri mereka.

“Tahniah dan syabas kepada pasukan-pasukan dan atlet-atlet yang telah berjaya menyumbang­kan pingat bagi rumah sukan masing-masing,” katanya.

Beliau turut memuji AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Penglibata­n Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) yang banyak membantu pada kejohanan kali ini.

Turut hadir Guru Besar SK Mawar Sallehan Mokhtar, Yang Dipertua PIBG Abada Atalad dan seluruh warga sekolah berkenaan.

 ??  ?? RUMAH merah di tempat ketiga.
RUMAH merah di tempat ketiga.
 ??  ?? YUSOF
Zulfikar dan Nur Hafiza Ridayu masing-masing dinobatkan sebagai olahragawa­n dan olahragawa­ti kejohanan.
YUSOF Zulfikar dan Nur Hafiza Ridayu masing-masing dinobatkan sebagai olahragawa­n dan olahragawa­ti kejohanan.
 ??  ?? RUMAH biru di tempat keempat.
RUMAH biru di tempat keempat.
 ??  ?? SALLEHAN menyampaik­an cendera kenangan kepada Suriyansya­h (kiri) sambil diperhatik­an Abada.
SALLEHAN menyampaik­an cendera kenangan kepada Suriyansya­h (kiri) sambil diperhatik­an Abada.
 ??  ?? SALLEHAN menyampaik­an cenderahat­i kepada Abada sambil diperhatik­an Suriyansya­h.
SALLEHAN menyampaik­an cenderahat­i kepada Abada sambil diperhatik­an Suriyansya­h.
 ??  ?? RUMAH hijau johan keseluruha­n kejohanan.
RUMAH hijau johan keseluruha­n kejohanan.
 ??  ?? RUMAH kuning naib johan.
RUMAH kuning naib johan.
 ??  ?? BACAAN ikrar kejohanan.
BACAAN ikrar kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia