Utusan Borneo (Sabah)

Guardiola akui terkejut prestasi Sterling

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester City,

Pep Guardiola mengakui beliau terkejut dengan permulaan cemerlang Raheem Sterling (gambar) musim ini.

Penyerang antarabang­sa England itu menjaringk­an gol kemenangan City dalam aksi Liga Juara-Juara ketiak menewaskan Feyenoord

1-0, menjadikan ia gol ke-11 beliau musim ini dan menyamai gol paling banyak yang pernah dijaringka­n dalam keseluruha­n musim.

Beliau akhirnya menunjukka­n potensi yang telah meyakinkan City untuk membayar Liverpool sekitar 50 juta pound, menyebabka­n rakan penyerang, Sergio Aguero dan Gabriel Jesus bukan lagi pemain kesebelasa­n utama musim ini.

Dan prestasi beliau malah mengejutka­n Guardiola.

“Ya, tetapi ia bagus,” kata Guardiola apabila ditanya jika rekod Sterling mengejutka­n beliau Jumaat lepas.

“Sergio tidak bermain semua perlawanan, begitu juga Gabriel. Kebiasaann­ya kedua-dua atau salah seorang dari mereka bermain dengan baik. Ia bagus di mana pemain tahu beliau boleh menjaringk­an gol seperti ketika menentang Feyenoord.

“Kami mempunyai ramai pemain yang boleh menjaringk­an gol dan ia adalah bagus. Anda tidak dapat menang dengan hanya satu atau dua pemain menjaringk­an gol. Kami mempunyai penjaring dari bahagian saya, dari tendangan percuma Kevin (De Bruyne), Nico (Otamendi) – jadi ia sangat penting.” Guardiola juga berasa lega kerana tindakan susulan diambil ke atas Sterling apabila memperoleh­i tendangan penalti penting ketika menentang Arsenal dalam aksi Liga Perdana sebelum ini.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menuduh Sterling sengaja merebahkan diri untuk mendapatka­n tendangan penalti walaupun City berang dengan tuduhan itu dan Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris tidak mempunyai asas untuk mengambil tindakan susulan ke atas beliau mengikut peraturan baharu.

Pemain Everton, Oumar Niasse, menjadi pemain pertama Liga Perdana yang dihukum berdasarka­n peraturan baharu minggu ini dan digantung dua perlawanan selepas dinilai sengaja merebahkan diri untuk mendapatka­n penalti ketika seri 2-2 dengan Crystal Palace. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia