Utusan Borneo (Sabah)

Venue Sandakan sedia terima kontinjen bertanding

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Venue sukan di daerah ini sudah bersedia menerima kehadiran kontinjen yang bakal bertanding dalam Sukan Sabah (Saga) kali ke-lapan (VIII) 2017 yang berlangsun­g dari 9 hingga 15 Disember ini.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Masiung Banah berkata, pihaknya amat berpuas hati dengan persiapan kesemua venue terlibat berdasarka­n kertas laporan yang diterima dari setiap jawatankua­sa yang dipertangg­ungjawabka­n untuk menyediaka­n venue.

“Bagaimanap­un, untuk memastikan apa yang tertulis di atas kertas laporan itu betul-betul menjadi kenyataan, saya mewakili Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan turun melihat sendiri persediaan dan melawat setiap venue.

“Saya telah melawat beberapa venue termasuk bagi acara Badminton, Boling Padang, Petanque, Hoki serta stadium padang dan balapan yang juga merupakan venue utama Saga VIII 2017 kerana majlis perasmian akan berlangsun­g di sini.

“Pada dasarnya, saya amat berpuas hati dengan persiapan yang telah dibuat setakat ini,” katanya kepada media selepas melakukan tinjauan di beberapa venue di Kompleks Sukan Sandakan di sini, kelmarin.

Berbaki dua minggu sebelum Saga VIII 2017 membuka tirainya, Masiung berkata tempoh itu sudah cukup bagi setiap jawatankua­sa untuk memperbaik­i mana-mana kekurangan pada venue masingmasi­ng.

“Memang masih ada beberapa pembaikan perlu dilakukan, tetapi kita masih ada masa yang cukup. Kita juga berharap tidak ada aral melintang pada saat-saat akhir menjelang pembukaan sukan dwi tahunan itu,” jelasnya.

Saga VIII 2017 di daerah ini akan mempertand­ingkan 20 acara sukan di beberapa venue terlibat termasuk Kompleks Sukan Sandakan, sekolah dan pusat pengajian tinggi, dewan serbaguna serta gelanggang.

Venue pertanding­an akan diserahkan kepada persatuan sukan atau deligat teknikal sukan dua hari sebelum pertanding­an berlangsun­g.

 ??  ?? MASIUNG (kiri) mendengar taklimat disampaika­n mengenai persiapan venue bagi acara Boling Padang.
MASIUNG (kiri) mendengar taklimat disampaika­n mengenai persiapan venue bagi acara Boling Padang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia