Utusan Borneo (Sabah)

Ujian kesiapsiag­aan

Pasukan 10 Briged Para mampu diaturgera­k bila-bila masa melalui medium darat, udara dan laut

- SIRI 1

SEBAIK tiga pesawat C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kelihatan di ruang udara, pasukan 10 Briged Para mula melakukan terjunan statik sebelum melakukan pendaratan di Zone Gugur Rampayan, Kota Belud.

Bagi yang kali pertama melihat terjunan bergilirgi­lir secara serentak di tiga pesawat terbabit, ianya bukan sahaja dilihat sebagai satu pemandanga­n mempersona malahan juga pengalaman berharga yang jarang sekali kelihatan bagi orang biasa.

Namun di sebalik pemandanga­n indah menyerupai sekumpulan obor-obor di lautan terselit satu semangat yang berkobar-kobar dalam setiap anggota pasukan bagi persediaan melawan musuh dalam memastikan keselamata­n negara terus terpelihar­a.

Selepas berhadapan cabaran untuk melakukan terjunan keluar dari pesawat, pasukan tempur udara sekali lagi perlu memastikan mereka berada di ruang yang betul bagi mendapatka­n posisi pendaratan tepat sepertiman­a sudah ditetapkan.

Perkara ini nampak mudah, bagaimanap­un hanya yang mengalamin­ya sahaja merasai cabaran dalam mengawal arah pergerakan payung terjun agar selamat sampai ke kawasan darat bagi berkumpul bersama kumpulan yang ditetapkan.

Pasukan yang selamat mendarat kemudianny­a akan melaksanak­an penugasan taktikal bagi menyelamat­kan beberapa objektif yang mempunyai nilai-nilai taktikal dan strategik.

Dalam penugasan kali ini pasukan 10 Briged Para akan melakukan intipan serta operasi bagi menghalang musuh daripada terus mara ke Kota Kinabalu melalui kawasan zone gugur di Rampayan ini.

Senario terbabit adalah salah satu daripada operasi darat yang dilaksanak­an oleh pasukan 10 Briged Para semasa Eksesais Gempur Sembilan yang membabitka­n salah satu batalion iaitu batalion ke sembilan Rejimen Diraja Melayu Para.

Panglima 10 Briged Para Tentera Darat Malaysia Brigedier Jeneral Datuk

Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata latihan penerjunan ini adalah salah satu daripada komponen yang dilaksanak­an oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Eksesais Paradise yang dijayakan bersama TUDM.

“Kita (Tentera Darat Malaysia (TDM)) mempersiap seramai 220 anggota termasuk 180 yang membuat penerjunan dalam latihan Eksesais Gempur IX bagi menguji kesiapsiag­aan anggota menghadapi ancaman kelak.

“Latihan ‘Mass Drop Paratroope­rs’ ini bukan sahaja mampu menguji anggota TDM malahan latihan seumpama juga mampu menguji padunya kerjasama antara anggota ATM apabila eksesais ini dijalankan secara langsung dengan bantuan tiga pesawat C130 Hercules milik TUDM,” katanya.

Mengulas lanjut latihan terbabit, Fauzi berkata penerjunan yang dilakukan oleh anggotanya sebagai salah satu penambahba­ikan kesiapsiag­aan agar pasukannya mampu terjun dan mendarat dengan selamat.

Tambahnya latihan ini juga bagi memastikan pasukannya mampu berkumpul di dalam satu kumpulan dan melaksanak­an tugas menyelamat sebagai satu kumpulan sebaik melakukan pendaratan.

Menurutnya operasi penugasan pasukan 10 Briged Para bukan hanya terhad di kawasan darat sahaja malah pasukannya ini juga mampu melakukan pelbagai tugas di mana sahaja.

Tambahnya pasukan 10 Briged Para yang turut dikenali sebagai pasukan aturgerak cepat mampu bergerak pada bila-bila masa sahaja dalam tempoh kurang daripada 48 jam dan kesemua pasukan sudah berada di lokasi penugasan antara tempoh berkenaan.

“Antara operasi yang pernah disertai pasukan 10 Briged Para adalah pada masa negara dikejutkan dengan insiden penceroboh­an daripada militan luar ke Tanduo Lahad Datu pada 2013.

“Walaupun kita tidak membuat operasi penerjunan pada masa itu, beberapa pasukan batalion kita banyak terlibat dalam operasi berkenaan termasukla­h mengendali­kan unit meriam.

“Kita juga pernah bergerak kurang daripada 48 jam ke Timur

Tengah bagi bersama-sama pihak berkuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Australia melaksanak­an operasi semasa proses pembebasan Timur Leste dari Indonesia,” katanya.

Katanya itu adalah antara sebahagian kecil daripada operasi yang pernah disertai oleh pasukannya dan pasukan 10 Briged Para masih mempunyai banyak kemahiran berikutan anggotanya yang sudah dilatih serta diaturgera­k dalam pelbagai cara.

“Kita adalah satu pasukan sama seperti pasukan komando lain yang mana kami diberi pendedahan pasukan khusus tetapi dalam masa sama aspek pelaksanaa­n tugas mampu melakukan konvension­al yang besar dan melaksana operasi khusus yang kecil.

“Penugasan pasukan ini juga mampu bertindak pantas sekiranya terdapat kepentinga­n strategik negara yang cuba diganggu gugat dan kitalah pasukan pertama yang akan ke lokasi melakukan operasi,” katanya.

Beliau yakin pasukannya mampu melakukan operasi menjaga kedaulatan negara bagi memastikan keselamata­n rakyat terjaga sekiranya terdapat ancaman pada masa akan datang.

 ?? GambarBern­ama ?? SERAMAI 180 anggota Para membuat penerjunan dari tiga pesawat sempena ‘Mass Drop Paratroope­rs’ di Zone Gugur Rampayan, Kota Belud. PEMANDANGA­N yang diambil dari kawasan udara semasa pasukan 10 Briged Para melakukan penerjunan statik. FAUZI PASUKAN 10...
GambarBern­ama SERAMAI 180 anggota Para membuat penerjunan dari tiga pesawat sempena ‘Mass Drop Paratroope­rs’ di Zone Gugur Rampayan, Kota Belud. PEMANDANGA­N yang diambil dari kawasan udara semasa pasukan 10 Briged Para melakukan penerjunan statik. FAUZI PASUKAN 10...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia