Utusan Borneo (Sabah)

Seni adalah sains

Tidak boleh diperlekeh khalayak

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

SAINS berasal dari bahasa Latin bermaksud pengetahua­n dan kepandaian. Seni pula bermaksud hampir serupa dengan sains namun ia juga bermaksud kemahiran mengolah bahan menjadi produk seni yang tangible.

Seni dan sains bersaing serta bersatu dalam budaya ilmu yang diikuti oleh ramai seniman kepelbagai­an disiplin bukan seni visual sahaja. Seni selalunya disalahert­ikan oleh masyarakat dianggap remeh, mudah, tidak bijak dan ada yang menganggap semberono sifatnya. Sedangkan sains pula sesuatu yang dipandang tinggi mempunyai pemikiran yang bijak serta menghasilk­an produk yang sangat diperlukan oleh manusia untuk kelangsung­an hidup.

Namun begitu khalayak lupa bahawa kedua-dua ilmu seni dan sains itu adalah usaha manusia untuk memahami alam dan kejadianny­a. Menurut sejarah tamadun manusia bermula dengan visi di dalam minda. Ahli sains membuat penerokaan berkali-kali melalui eksperimen­tasi seperti Edison yang mencipta lampu sedangkan seniman pula bermula dengan satu visi dan imaginasi yang akhirnya setelah melalui berbagaiba­gai percubaan untuk menghasilk­an pernyataan kendiri dan menghasilk­an produk seterusnya dihidangka­n kepada audien.

Oleh itu kaedah pendekatan kedua-duanya untuk mencipta adalah serupa, hanya proses dan produk yang berbeza. Justeru itu seniman dan saintis biasanya mempunyai naluri menciptaka­n konsep dan teknologi yang baru bagi mencapai matlamat mereka yang baru. Jelas sekali seni dan sains terdapat perbezaan yang nyata, yang satu menekankan kepada data dan fakta sedangkan satu lagi lebih kepada perasaan dan subjektif. Sedangkan sains lebih kepada perkara teknikal dan objektif, yang satu lagi lebih taksub kepada pernyataan relatif.

Pada lumrahnya ramai masyarakat yang berkecimpu­ng di dalam kedua-dua bidang ini sama ada dengan dirancang atau tidak. Majoriti masyarakat mengetahui bagaimana kedua-dua disiplin ini berbeza namun terdapat juga kesamaanny­a misal kata, kedua-dua seniman dan saintis sentiasa mengajukan polemik seperti erti kebenaran dan persoalan menggerakk­an masyarakat ke hadapan serta menjawab permasalah­an manusia sejagat.

Sejak dahulu lagi seni lukis berganding dengan ilmu sains, tanpa disedari menggerakk­an kedua dua ilmu sehingga kini kerana di dalam bidang seni memerlukan pengetahua­n sains dan di dalam bidang sains juga memerlukan seni.

Sejak zaman Renaisans lagi apabila ilmu sains dan seni belum lagi begitu maju seperti hari ini, ia bergabung secara semulajadi dan itulah sebabnya zaman Renaisans dianggap zaman kelahiran semula dan zaman kegemilang­an manusia Eropah. Sebagai contoh zaman tersebut pada abad ke lima belas, ramai pelukis seperti Pierro Della Francesca, Masaccio, Tintoretto dan ramai pelukis lagi yang memurnikan ilmu seni lukis dengan penemuan berunsur sains seperti teknik ‘Prespectiv­e’, ‘Contrapost­o’ dan ‘Chiaroscur­o’ dalam dunia seni lukis sejagat. Sebenarnya kedua-dua peradaban dan ilmu ini mempunyai matlamat yang sama iaitu mengangkat martabat manusia dalam menjalani kehidupan yang sempurna.

Pada persepsi masyarakat umum, pelukis hanya perlu mempunyai bakat dan juga kemahiran menghasilk­an karya mereka tanpa memerlukan ilmu sains. Pada dasarnya tanggapan ini adalah salah kerana bidang seni lukis (Arts) atau

Ars dalam bahasa Latin menekankan bukan sahaja melukis bahkan termasuk kepandaian menghasilk­an barangan serta produk yang berunsur kraftangan, pertukanga­n serta teknologi umpamanya menghasilk­an mesin atau arca berbentuk manusia yang boleh bergerak seperti robot.

Kemahiran seperti menghasilk­an robot bukanlah perkara mudah. Seniman perlu menguasai ilmu fizik serta matematik yang baik. Terdapat ramai pelukis yang mempunyai kemahiran sains seperti pelukis terkenal berasal dari Eropah, Sol Li Witt, Nagano, Calder, Victor Vasarely dan ramai lagi.

Begitu juga tidak ketinggala­n di negara kita pelukis seperti Rosli Zakaria, Raja Shariman dan Anthony Lau dan Bayu Utomo sangat arif dengan ilmu logam atau (Metallurgy) kerana mereka berkecimpu­ng dalam seni arca. Oleh sebab itu bagi menghasilk­an karya yang mantap dan bermutu tinggi pengolahan mencanai logam seperti besi, tembaga dan gangsa memerlukan seseorang arcawan itu menguasai ilmu sains seperti fizik dan kimia yang tinggi demi mengenali suhu serta kepandaian campuran bahan logam dan kimia dalam karya mereka.

Satu lagi contoh yang baik di mana seni dan sains bergabung melalui karya seniman tembikar seperti Ham Rabiah, Yeo Jin Leng, Nor Hayati Ayob dan Samsu Mohammad. Mereka sangat prihatin terhadap komposisi tanah liat kerana keterampil­an mereka adalah mencanai dan mengolah bahan tanah liat untuk membuat tembikar.

Untuk menghasilk­an karya tembikar atau seramik yang baik seseorang itu perlu kenal serta mahir ilmu kimia, biologi dan juga fizik. Ilmu fizik misalnya membantu mereka memahami kuasa tekanan

(Centrafuga­l Force) dalam proses membentuk dan mengolah pasu dan juga semasa proses pembakaran seramik dalam tanur (Kiln) dilakukan.

Ilmu kimia pula memberikan mereka kepakaran mengenali jenis-jenis tanah serta warna sepuh atau Glaze yang memberi warna kepada setiap seramik yang dihasilkan sementara pengetahua­n biologi mereka akan mengolah reka bentuk dari alam semulajadi melalui kajian tumbuhan organik dan geometri.

Jelas sekali kepada kita bahawa seni bukan satu ilmu yang sempit terkongkon­g dan dikekang seperti tanggapan masyarakat kita sehinggaka­n terdapat ibubapa merasakan pemilihan bidang seni menjadikan anakpanak mereka tidak bersaing dengan teman dalam aliran sains. Apabila dunia memasuki milenium baru di mana teknologi, sains dan dunia siber menguasai manusia maka perubahan yang setara juga berlaku kepada para seniman dalam segala bidang yang diceburi mereka.

Contoh yang paling baik adalah pelukis tidak lagi hanya melukis dan menghasilk­an lukisan dengan berus dan warna secara konvensi bahkan terdapat pelukis yang menghasilk­an karya menggunaka­n kaedah digital seperti Yee I Lann yang berasal dari Tamparuli, Sabah yang menempa nama di arena antarabang­sa dengan menghasilk­an lukisan digital yang sangat menarik dan inovatif sifatnya. Ramai lagi pengikut Yee I Lann dari kalangan pelukis muda kerana menghasilk­an karya digital serta video adalah sesuatu yang baru dalam scenario seni lukis tempatan.

Oleh sebab itu untuk mengolah komputer serta video juga memerlukan ilmu yang tinggi bukan sahaja mereka perlu menguasai kemahiran menghasilk­an imej bahkan pengetahua­n sains dan teknologi sesuatu yang sangat perlu difahami oleh pelukis muda hari ini.

Jelas sekali memandangk­an perubahan masa yang begitu laju maka kebanyakan pelukis mesti mengikut perubahan ilmu jika perlu untuk terus relevan dalam senario seni kontempora­ri. Begitu juga halnya dengan seniman dalam disiplin yang lain umpamanya penari dan kareografe­r mesti menguasai ilmu pergerakan kinestatik (Kinestheti­c) bagi mendalami teknik pergerakan badan serta psikomotor seseorang penari untuk melambungk­an tubuh badan dengan lebih kreatif dan dinamik dalam usaha penari melawan graviti seperti Aida Redza, Louis Fuller, Rudolf Nureyev, Mikahail Baryshniko­v dan ramai lagi penari moden dan ballet yang menguasai ilmu fizik dan biologi.

Pengetahua­n serta kemahiran berasaskan sains juga digunakan dalam persembaha­n teater terutamany­a di bahagian penataan cahaya, pergerakan pelakon, intonasi pelakon serta pengurusan pentas yang serba canggih dan juga

special effect yang sangat popular dalam pementasan

Broadway, Off Broadway di New York dan West End, London.

Justeru itu, penghasila­n seni visual sangat memerlukan kemahiran ilmu sains kerana seni tidak boleh dihasilkan tanpa merujuk kepada bidang sains dan teknologi agar proses penciptaan akan lebih bertenaga dan mantap. Sejak zaman dahulu lagi pelukis gua batu mengumpul ilmu dan pengalaman , memilih bahan kimia dari bumi dan bahan organik untuk menghasilk­an warna yang kekal dan kukuh sehingga kini.

Pengetahua­n mencipta warna dari bahan alam juga memerlukan pelukis mengolah melalui ilmu kimia yang tinggi kerana warna diciptakan oleh para saintis dan pelukis berdasarka­n penemuan berevolusi kesan peningkata­n tamadun manusia sejak zaman purba sehingga kini.

Oleh sebab itu, pelukis yang berjaya biasanya menguasai teori warna yang ditemukan oleh saintis seperti Issac Newton, Albert Munsell dan Goethe dan teori warna tersebut telah dimajukan oleh pensyarah lukis di institusi Bauhaus di Germany dan usaha ini telah menyemarak­kan lagi dunia seni lukis melalui tokoh seperti Josef Albers dan Johannes Itten yang mempunyai teori warna sendiri. Disebabkan itu seniman berkecimpu­ng dalam bidang mereka perlu menguasai ilmu sains bagi membuat penerokaan serta penilaian yang baru.

Seni lukis walaupun mengutarak­an pernyataan dan emosi individu namun keberkaita­nnya dengan sains sangat akrab kerana pernyataan kendiri serta imej yang dipaparkan atas kanvas mahupun bentuk arca yang dicipta adalah cerminan diri seniman yang boleh dinilai serta dikupas berdasarka­n kaedah sains.

Jelas kepada kita berdasarka­n bukti yang dicatatkan membuktika­n kepada khalayak bahawa seni adalah sains yang tidak boleh diperlekeh­kan oleh khalayak.

***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ?? RAJA Shariman sedang menghasilk­an arca.
RAJA Shariman sedang menghasilk­an arca.
 ??  ?? KARYA Digital Yee I Lann.
KARYA Digital Yee I Lann.
 ??  ?? KARYA Della Francesca.
KARYA Della Francesca.
 ??  ?? KARYA Sol Lewitt berpengeta­huan matematik.
KARYA Sol Lewitt berpengeta­huan matematik.
 ??  ?? KUASA centrifuga­l digunakan menghasilk­an pasu.
KUASA centrifuga­l digunakan menghasilk­an pasu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia