Utusan Borneo (Sabah)

Media sosial kini ‘dirampas’ untuk cetus keganasan

-

MEDIA sosial kini telah ‘dirampas’ untuk meraih sokongan terhadap ideologi radikal dan mencetuska­n keganasan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

“Jika pada masa lalu kita boleh menguruska­n krisis dengan memastikan hanya maklumat tepat dan boleh dipercayai disebarlua­skan, hari ini rusuhan boleh berlaku dengan hanya satu catatan yang menghasut,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Jawatankua­sa ASEAN mengenai Kebudayaan dan Maklumat (ASEAN COCI) ke-52, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata kemudahan akses serta kepantasan adalah suatu yang positif dari segi meningkatk­an persefaham­an dalam kalangan negara ASEAN namun ia tidak dapat membezakan kandungan bagus dan berfaedah dengan kandungan negatif, contohnya falsafah yang meniupkan lagi api keganasan.

Jailani berkata revolusi akses kepada maklumat ini telah mengecilka­n dunia selain turut menyebarka­n percambaha­n berita, perkongsia­n idea dan kandungan.

“Semuanya berlaku menerusi satu klik yang pantas. Bukan itu sahaja, sekarang setiap orang yang mempunyai peranti secara automatik menjadi penjana kandungan. Perkongsia­n maklumat tidak lagi terletak di tangan media arus perdana tetapi pada media baharu,” katanya.

Jailani berkata perkembang­an teknologi telah mengubah persekitar­an budaya dan maklumat.

“Saya percaya kita telah mengambil pendekatan yang tepat menerusi pelan Induk Komunikasi ASEAN yang menumpukan kepada penubuhan komuniti yang berkongsi peluang serta manfaatman­faat lain.

“… dan baru-baru ini, kita beralih ke arah pendekatan yang lebih proaktif dan bertumpu apabila Pemimpin ASEAN menerima Deklarasi ASEAN mengenai ‘Budaya Pencegahan’ (CoP) pada Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin ASEAN di Filipina,” katanya.

Antara lain, ASEAN CoP akan menekankan kepada pemahaman punca dan akibat keganasan, mengubah penetapan minda daripada pendekatan reaktif kepada pencegahan serta menyemai nilai-nilai yang dikongsi (keamanan, keharmonia­n, kefahaman antara budaya, hormat, kepercayaa­n, toleransi, keterangku­man, kesederhan­aan, tanggungja­wab sosial dan kepelbagai­an), kata Jailani.

Mengenai mesyuarat ASEANCOCI ke-52 anjuran Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia serta Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan yang bermula semalam sehingga esok itu, Jailani berharap ia akan menjadi platform untuk delegasi bertukar-tukar pendapat demi kebaikan bersama.

ASEAN-COCI yang ditubuhkan pada Oktober 1978 bertujuan menggalakk­an kerjasama berkesan dalam bidang kebudayaan dan maklumat di samping meneruskan pembanguna­n serantau serta meningkatk­an persefaham­an dan perpaduan dalam kalangan rakyat ASEAN.

ASEAN-COCI merangkumi dua badan sektoral kecil iaitu jawatankua­sa kecil mengenai kebudayaan (SCC) yang bertanggun­gjawab terhadap sektor kebudayaan dan jawatankua­sa kecil mengenai maklumat (SCI) yang menangani aspek penerangan.

SCC dan SCI merupakan platform untuk anggota ASEAN merancang, melaksana dan memantau projek-projek yang diluluskan serta ditaja oleh ASEAN-COCI.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Jailani meminta masyarakat tidak terlalu ghairah berkongsi maklumat peribadi di laman sosial kerana dikhuatiri memudaratk­an mereka pada kemudian hari.

Beliau berkata kementeria­n itu menerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Jabatan Perlindung­an Data Peribadi telah melaksanak­an pelbagai inisiatif untuk meningkatk­an kesedaran masyarakat berhubung hal tersebut. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia