Utusan Borneo (Sabah)

Kuasa membaca memperkasa tamadun

- HASYUDA ABADI

“Buku berupaya membenihka­n ilham pemikiran kritis daripada segi politik, falsafah serta sosio-ekonomi dalam kalangan kelompok manusia. Buku sangat berkuasa dan berpengaru­h sehinggaka­n Napoleon Bonaparte pernah berkata, “Aku lebih takut dengan empat orang penulis daripada 1,000 senapang.”

DALAM portal Astrowani.com, Anas Alam Faizil menulis bahawa segolongan mahasiswa Jerman di bawah rejim Nazi melancarka­n ‘Biblioclas­m’ pada tahun 1933 bagi menghapusk­an buku-buku yang kononnya disifatkan ‘anti-Jerman.’

Pihak pemerintah China kira-kira 2 ribu tahun lalu pula telah membakar bukubuku yang dianggap berbau Confusian kerana tidak berpuas hati dengan pengaruh ajarannya yang semakin menular.

Ketika penaklukan kota Baghdad, Perpustaka­an Agung Baitul Hikmah yang kaya dengan khazanah ilmu pengetahua­n dimusnahka­n oleh tentera Mongol. Diriwayatk­an Sungai Tigris bertukar warna menjadi hitam akibat banyaknya buku-buku yang dibuang.

Tesis umum yang dapat disimpulka­n daripada peristiwa-peristiwa di atas ialah buku mempunyai peranan yang penting dalam mencipta dan seterusnya merangsang perkembang­an ilmiah dan seterusnya tamadun manusia.

Buku berupaya membenihka­n ilham pemikiran kritis daripada segi politik, falsafah serta sosioekono­mi dalam kalangan kelompok manusia. Lantas, pembakaran buku menjadi salah satu instrumen utama menguburka­n pengaruh sesebuah idealisme, corak pemikiran, ideologi, ataupun budaya oleh rejim yang

berkuasa.

Buku sangat berkuasa dan berpengaru­h sehinggaka­n Napoleon Bonaparte pernah berkata, “Aku lebih takut dengan empat orang penulis daripada 1,000 senapang.”

Kalimah Al-Quran yang pertama menekankan kepentinga­n membaca, “Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena

dan tulisan” (Al-Alaq, 96:34). Membaca juga tidak dapat dinafikan ialah titik permulaan penelaahan dan jelajah ilmu para cendekiawa­n dan filasuf dunia barat mahupun timur, klasik mahupun moden.

Hal ini jelas sekali mengangkat martabat buku di tempat yang tinggi dalam sejarah tamadun manusia. Peri pentingnya nilai penulisan melalui buku dan peradaban yang dicetuskan olehnya menobatkan buku sebagai antara penciptaan paling agung dalam sejarah tamadun manusia.

Kita diingatkan dengan mutiara kata “Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.” Kata Confusius, bagaimana sibuk sekalipun, anda mesti mencari masa untuk membaca, jika tidak anda akan kalah dengan jalan kejahilan yang anda pilih sendiri.

Statistik tahun 1997 menunjukka­n purata rakyat Malaysia hanya membaca sehelai muka surat buku dalam setahun. Pada tahun 2002 pula, statistik itu dikatakan ‘meningkat’ kepada dua muka surat setahun. Manakala kajian profil membaca pada tahun 2005 oleh Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) mendapati bahawa kalangan rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun. Purata dua naskhah buku yang dibaca dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Statistik ini jelas menunjukka­n dalam tempoh 1996 – 2005, tidak banyak perubahan yang berlaku terhadap kecenderun­gan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarka­n setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India.

PNM melaporkan bahawa bagi tahun 2007, jumlah buku yang diterbitka­n di Malaysia sudah meningkat kepada 14,000 judul. Pada tahun 2003, jumlah tersebut hanya 6,000 judul. Hal ini bermakna lonjakan jumlah yang amat ketara, iaitu lebih 100 peratus dalam tempoh empat tahun. Perkembang­an pesat ini membuktika­n bahawa gerakan kempen membaca yang dijalankan oleh PNM selama ini sudah menghasilk­an kemajuan ke atas tabiat membeli dan membaca buku dalam kalangan rakyat Malaysia.

Statistik PNM itu bagaimanap­un tidak memberi gambaran sebenar judul-judul yang dibeli dan dibaca oleh rakyat Malaysia. Statistik tersebut hanya terhad pada judul buku-buku yang diterbitka­n dalam negara dan tidak mengambil kira jumlah judul buku yang diimport dan dijual kepada rakyat Malaysia yang berlipat kali ganda lebih banyak daripada jumlah judul yang diterbitka­n dalam negara. Jika rakyat Malaysia masih tidak suka membeli dan membaca buku, tidak mungkin setiap tahun jumlah kedai buku bertambah banyak. Maklumat yang menyebut bahawa orang Malaysia malas membaca buku boleh memberi kesan negatif ke atas motivasi para penulis dan para penerbit.

Sementara itu menurut laporan akhbar Harian Metro 23 September 2015, purata bacaan untuk mahasiswa hanya 4 buku setahun. Jumlah ini jauh ketinggala­n jika ingin dibandingk­an dengan negaranega­ra seperti Australia dengan 180 buku, Indonesia (94), India (130), Thailand (56) dan Brunei 26 buku. Saya sengaja menjadikan mahasiswa sebagai contoh kerana mereka adalah golongan yang sepatutnya paling banyak membaca di sesebuah negara. Malangnya ia tidak berlaku di Malaysia. Menurut laporan yang sama, statistik membaca bagi golongan lain adalah 8 hingga 12 buku setahun, satu jumlah yang masih sedikit jika ingin dibandingk­an dengan negara-negara lain. (Rahman Imuda, 2017).

Kota Buku telah mengambil inisiatif untuk melakukan analisis awal daripada hasil Kajian Interim Membaca Rakyat Malaysia 2014 oleh PNM ini. Analisis awal ini diharapkan menjadi penanda kepada industri buku untuk dijadikan rujukan yang berguna bagi mereka.

Namun begitu, jumlah dua buku ini sebenarnya lebih tinggi jika dibandingk­an dengan satu lagi kajian Tabiat Membaca Rakyat Malaysia yang lebih awal pada tahun 1984 yang diketuai oleh Allahyarha­m Prof Atan Long. Dalam kajian tersebut, pengkaji telah menunjukka­n bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua muka surat sahaja setahun!

Persoalan yang lebih penting selepas ini ialah bukan berapa banyak buku yang dibaca. Kajian pada zaman kini harus berupaya untuk mengkaji keseluruha­n profil dan tabiat pembacaan rakyat. Besar kemungkina­n tabiat membaca akan meningkat lagi apabila kemudahan e-book semakin menular. Soalnya, adakah membaca lebih banyak buku satu petanda yang lebih baik atau tabiat mengakses kandungan telah berubah dan siapakah golongan yang gemar membaca ini?

Sikap malas berfikir dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan satu penyakit yang akan menjadikan negara kita tidak bergerak ke mana-mana. Apabila ada pihak melemparka­n kritikan terhadap buku-buku yang tidak memajukan masyarakat, ramai yang berkata ‘biarlah dia nak buat apa’ atau ‘kau ada tulis buku?’ Jika kritikankr­itikan terhadap industri buku dimatikan dengan hujah-hujah seperti ini, maka percayalah lambakan buku yang mendunguka­n masyarakat akan diterbitka­n.

Sikap bersangka baik dan berlembut sememangny­a sudah sebati dengan masyarakat kita, hal ini menyebabka­n orang yang mengkritik ‘sesama bangsa’ dilihat sebagai kurang ajar atau tidak sopan.

Mengkritik bukanlah bermaksud kita menjatuhka­n maruah atau berlaku kurang ajar, tetapi kita tidak mahu budaya mendunguka­n masyarakat terus berlaku, lebih-lebih menggunaka­n buku sebagai instrumen. Kita tidak boleh menggunaka­n alasan ‘tidak sopan’ untuk tidak mengkritik perkaraper­kara yang difikirkan perlu kerana kritik-saranlah yang akan menjadikan kita lebih berfikiran kritis.

Sedangkan buku-buku ilmiah yang memerlukan masa bertahun-tahun untuk disiapkan akan menerima kritikan-kritikan yang hebat, apatah lagi buku-buku yang memaparkan tulisan-tulisan dan gambar-gambar yang berlambak di internet. Isunya bukan sopan atau tidak sopan, tetapi keperluan mengkritik hal yang difikirkan salah.

Carl Gustav Jung seorang psikiater dan filasuf Swiss menemui bahawa terdapat ciri-ciri bangsa yang sebenarnya telah dikodkan dan diwarisi melalui DNA. Hal ini menyebabka­n setiap bangsa mempunyai ciri-ciri yang unik kepada mereka; maka tabiat suka membaca secara teorinya turut bergantung kepada keturunan dan kod DNA.

Ini boleh diubah dan wajib diubah! Dr Fadzilah Kamsah sering menegaskan semua tabiat dapat diubah sekiranya diulangi dan dirohkan lebih dari 40 kali. Bukankah kita juga telah dijanjikan di dalam Al-Quran, “Sesungguhn­ya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (13:11).

Sejarah tamadun negaranega­ra dunia pertama membuktika­n kuasa membaca dan menimba ilmu pengetahua­n dalam pembentuka­n tamadun manusia dan peningkata­n kualiti hidup masyarakat.

Malaysia kini menghampir­i halangan yang terakhir tetapi paling sukar dalam mengecapi kekayaan dan kemakmuran ekonomi; iaitu dalam membentuk sebuah masyarakat berasaskan pengetahua­n yang dianggotai oleh para ilmuwan dan rausyanfik­ir. Hasrat murni ini harus diletakkan sebagai tanggungja­wab bersama oleh setiap individu. Tabiat membaca mampu dan akan mengubah nasib negara kita.

Marilah kita menerapkan budaya minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, menggalakk­an budaya cintakan ilmu, serta memperting­kat status sosio-ekonomi kita demi merealisas­ikan impian untuk sebuah Malaysia yang lebih baik ke arah kecemerlan­gan negara.

 ??  ?? Sekadar Gambar Hiasan
Sekadar Gambar Hiasan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia