Utusan Borneo (Sabah)

Polis ‘berkeras’ kosongkan kem Manus

Guna batang besi usir 320 pelarian terakhir, tamatkan ketegangan selama tiga minggu

-

SYDNEY: Polis Papua New Guinea (PNG) mengugut pelarian dengan batang besi dan menolak mereka masuk ke dalam beberapa bas pada Jumaat dalam apa yang kelihatan sebagai satu desakan terakhir bagi mengosongk­an sebuah pusat tahanan Australia yang telah ditutup dan menamatkan ketegangan selama tiga minggu, ditunjukka­n melalui video dari kem itu.

“Pihak polis, terlibat dalam satu operasi yang mereka kenali sebagai “Helpim Friends”, telah berjanji tidak menggunaka­n kekerasan terhadap pelarian, yang menolak untuk meninggalk­an kem sejak Australia meng-umumkan ia ditutup pada 31 Oktober. Makanan, bekalan elektrik dan air diputuskan dalam usaha untuk memaksa pemohon suaka berpindah ke beberapa ” fasiliti yang dikendalik­an oleh PNG.

Kira-kira 320 orang tahanan masih berada di dalam kem di Pulau Manus di PNG selepas polis menyerbuny­a buat kali pertama kelmarin dan memindahka­n sekumpulan 50 pelarian ke pusat transit baharu yang diuruskan oleh PNG.

Rakaman video dan gambar yang dihantar oleh pelari-an di dalam media sosial menunjukka­n anggota polis berpakaian seragam pada pagi Jumaat menghayun dan mencucuk batang besi panjang ke arah tahanan serta mengheret mereka dari bilik ke arah beberapa bas untuk ke pusat pemindahan di tempat lain di Manus.

Pihak polis, terlibat dalam satu operasi yang mereka kenali sebagai “Helpim Friends”, telah berjanji tidak menggunaka­n kekerasan terhadap pelarian, yang menolak untuk meninggalk­an kem sejak Australia meng-umumkan ia ditutup pada 31 Oktober.

Makanan, bekalan elektrik dan air diputuskan dalam usaha untuk memaksa pemohon suaka berpindah ke beberapa fasiliti yang dikendalik­an oleh PNG.

Orang tahanan dan kumpulan hak asasi manusia, termasuk UNHCR, telah menyatakan kem baharu tidak bersedia untuk menerima pelarian dan pemohon suaka di Manus di sebalik kebimbanga­n bagi keselamata­n mereka di kalangan populasi tempatan yang menunjukka­n permusuhan mereka.

“Orang ini berasa takut, mereka keletihan dan sedang kecewa,” Amy Frew, seorang peguam di Pusat UndangUnda­ng Hak Asasi Manusia yang berpusat di Australia, menyatakan semalam.

“Selepas empat tahun enam bulan dalam kekecohan dan ketidakten­tuan mereka masih tiada tempat selamat untuk pergi,” jelas beliau.

“Tindakan pada pagi ini menunjukka­n bahawa apa sahaja yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi, keselamata­n mereka tidak boleh dijamin sehingga mereka telah dipindahka­n dari Papua New Guinea.”

Kem Manus pada mulanya menempatka­n kira-kira 600 pelarian, kebanyakan mereka berada di sana sejak 2013, namun kira-kira 200 orang bergerak secara sukarela ke pusat baharu pada awal bulan ini.

Wartawan dan pelarian Iran Behrouz Boochani, yang bertindak sebagai jurucakap tidak rasmi bagi pencari suaka tersebut dan telah dibawa oleh polis ke salah satu pusat baharu kelmarin, berkata empat bas penuh berisi pelarian telah dibawa dari kem yang ditutup pada pagi semalam.

“Pelarian akan meninggalk­an kem penjara. Ramai yang berada di dalam beberapa bas dan sedang dalam perjalanan ke kem-kem baharu,” jelasnya.

Pihak UNHCR menyatakan ia terganggu dengan penggunaan kekerasan oleh polis PNG.

“UNHCR memperinga­tkan Australia mengenai tugasnya untuk mengambil tanggungja­wab sepenuhnya serta menyediaka­n perlindung­an yang efektif, keselamata­n dan solusi berpanjang­an untuk semua pelarian dan pemohon suaka dalam kerjasama dengan pihak berkuasa Papua New Guinea,” organisasi itu berkata dalam satu kenyataan kelmarin.

Ketegangan dengan pihak berkuasa PNG telah menarik perhatian kepada polisi tegas Australia untuk menghantar pemohon suaka yang cuba untuk pergi ke Australia den- gan menggunaka­n bot ke kem terpencil di Pasifik di Manus dan Nauru.

Pelarian dilarang dari tinggal semalam di Australia, namun Canberra berusaha untuk memindahka­n mereka ke beberapa negara ketiga, termasuk Amerika Syarikat. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GAMBAR serahan Thanus menunjukka­n pegawai memakai pakaian seragam tentera Papua New Guinea berkawal di dalam pusat tahanan yang sudah ditutup di Pulau Manus, ketika pelarian menaiki bas untuk meninggalk­an kem itu.
— Gambar Reuters GAMBAR serahan Thanus menunjukka­n pegawai memakai pakaian seragam tentera Papua New Guinea berkawal di dalam pusat tahanan yang sudah ditutup di Pulau Manus, ketika pelarian menaiki bas untuk meninggalk­an kem itu.
 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR dirakam seorang pelarian di kem Manus, Abdul, dan diserahkan kepada media oleh kumpulan aktivis Australia GetUP menunjukka­n pelarian (kanan) dipaksa meninggalk­an pusat tahanan Australia di Pulau Manus.
— Gambar AFP GAMBAR dirakam seorang pelarian di kem Manus, Abdul, dan diserahkan kepada media oleh kumpulan aktivis Australia GetUP menunjukka­n pelarian (kanan) dipaksa meninggalk­an pusat tahanan Australia di Pulau Manus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia