Utusan Borneo (Sabah)

Lapan wartawan ditahan Uganda didakwa khianat

-

KAMPALA: Lapan pengurus dan pengarang akhbar harian ditahan pada minggu ini telah didakwa dengan pengkhiana­tan, menurut polis Uganda kelmarin.

Polis telah menyerbu Red Pepper, tabloid terkenal di Uganda, pada lewat Selasa lepas dan menahan wartawan tersebut, yang mereka tuduh menyiarkan satu cerita palsu pada hari sebelumnya.

Kisah tersebut, memetik sumber yang tidak dikenali, berkata Rwanda mempercaya­i Presiden Uganda Yoweri Museveni merancang untuk menjatuhka­n pemimpinny­a, Paul Kagame.

Selain pengkhiana­tan, wartawan didakwa dengan “komunikasi ofensif dan penerbitan maklumat prejudis terhadap keselamata­n negara,” jurucakap polis Emilian Kayima memberitah­u Reuters.

Kayima tidak menyatakan bila wartawan tersebut akan hadir di mahkamah.

Kumpulan hak asasi dan wartawan telah mengadu mengenai gangguan yang meningkat dan ancaman terhadap media bebas oleh anggota keselamata­n di Uganda.

“Kami mempercaya­i ini adalah sabotaj ekonomi bertujuan untuk menyebabka­n kerugian kewangan syarikat media sejak semua pengeluara­nnya telah dihentikan,” Human Rights Network for Journalist­s – Uganda (HRNJ-U), sebuah kumpulan hak asasi media tempatan, menyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n kelmarin.

Media tempatan, termasuk Red Pepper, telah melaporkan pada bulan ini mengenai ketegangan antara Uganda dan negara jiran Rwanda mengenai satu siri perbalahan ekonomi dan keselamata­n. Kementeria­n hal ehwal luar negara Uganda menolak laporan sebagai khabar angin dan menegaskan hubungan antara kedua-dua negara tidak bermasalah. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia