Utusan Borneo (Sabah)

Kulit kembar seiras selamatkan nyawa mangsa melecur teruk

-

PARIS: Seorang lelaki dijangka akan meninggal dunia selepas mengalami melecur teruk sekitar 95 peratus pada badannya telah diselamatk­an melalui pemindahan kulit daripada kembar seirasnya dalam pembedahan pertama seumpamany­a di dunia, kata doktor Perancis pada Khamis.

Dijilat api ketika menguruska­n bahan kimia semasa bertugas, Franck Dufourmant­elle berusia 33 tahun menerima kulit yang menyelamat­kan nyawa daripada tengkorak, belakang dan paha adiknya Eric.

“Saya memiliki satu tatu menyerupai gambar yang dilukis pada tangan saya,” beliau menceritak­an semula dalam temu bual dengan AFP.

“Namun satu-satunya yang tinggal adalah perkataan ‘Life’ (hidup), dalam bahasa Inggeris,” jelasnya.

Pemindahan daripada seorang kembar seiras dari segi genetik menghapusk­an risiko badan penerima akan menolak kulit atau organ yang didermakan.

Kemalangan Dufourmant­elle berlaku pada September 2016 di utara Perancis.

Beliau menjalani kira-kira 12 pembedahan, diikuti dengan berada di hospital selama beberapa bulan dan pemulihan fizikal. Beberapa doktor tidak membincang­kan secara umum kes itu sehingga sekarang.

Dufourmant­elle pada hari ini tinggal di sebuah rumah bersama dengan pasanganny­a, dan masih menerima terapi intensif.

“Ia tidak menyakitka­n lagi,” kata beliau, menjelaska­n beliau telah berhenti mengambil ubat penahan sakit baru-baru ini.

Beliau telah mampu berjalan semula, dan masih lagi belajar untuk menggunaka­n semula tangannya.

Dengan tangan kiri, “Saya boleh mencubit barang, seperti menggunaka­n penyepit,” tulis beliau.

Tangan kanannya – kurang terjejas – telah pulih sehingga ke peringkat di mana beliau boleh menulis dengan menggunaka­n pen.

Yang ajaibnya, bahagian mukanya selamat daripada melecur.

Hampir separuh daripada kulit adiknya Eric telah diambil, dan kemudian diregangka­n pada sebuah mesin supaya ia boleh meliputi satu kawasan yang lebih luas, menurut ketua pakar bedah.

Penderma tersebut pada hari ini tidak “mempunyai parut”, Maurice Mimoun, seorang doktor di Hospital Saint-Louis Hospital di Paris, memberitah­u AFP.

“Apa yang dapat dilihat adalah sedikit perbezaan pigmentasi.”

Dalam kebanyakan kes melecur, kulit mangsa yang terbunuh dan penderma tidak berkaitan telah diberikan kepada mangsa, malah sekiranya para doktor mengetahui bahawa ia akan ditolak dalam masa beberapa minggu.

Itu adalah selalunya masa yang mencukupi bagi kulit baharu untuk tumbuh semula, atau diambil daripada tempat lain pada bahagian badan pesakit.

Pemindahan kulit daripada kembar kepada kembar telah dilakukan sebelum ini, namun tidak pernah bagi satu kawasan yang besar, menurut Mimoun.

“Ia adalah kali pertama di mana satu graf kulit telah dilakukan antara kembar bagi 95 peratus daripada badan,” beliau memberitah­u AFP.

Rekod sebelum ini adalah sebuah kes di mana 68 peratus daripada mayat mangsa telah terbakar.

Dufourmant­elle menyatakan ingatan beliau mengenai kemalangan itu adalah samar-samar.

“Saya mengingati orang menjerit ‘baring di atas lantai! Baring di atas lantai!’, namun saya hanya mula berlari,” katanya.

“Ketika kamu terbakar, ia adalah sukar untuk berfikir dengan rasional.”

Berbaring di atas lantai membantu memadamkan api, dan membolehka­n orang lain untuk menutup badan mangsa dengan apa sahaja yang ada – jaket, selimut – untuk melakukan perkara yang sama.

Semasa pembedahan, adik-beradik itu telah dibedah pada masa yang sama oleh pasukan pakar bedah berasingan dan pakar anestetik bagi mengurangk­an masa di antara pengambila­n kulit penderma dan pemindahan­nya, jelas Mimoun.

Ia juga adalah penting untuk menanggalk­an kulit terbakar yang bertoksik.

Bahagian luar kulit kita adalah kasar dan kalis air, dan melindungi badan daripada dihidrasi, kecederaan dan jangkitan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? FRANCK menunjukka­n tatu ‘Life’ selepas menjalani pembedahan kulit daripada kembar seirasnya di pusat pemulihan di Corbie, Amiens.
— Gambar AFP FRANCK menunjukka­n tatu ‘Life’ selepas menjalani pembedahan kulit daripada kembar seirasnya di pusat pemulihan di Corbie, Amiens.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia