Utusan Borneo (Sabah)

The Greenbeats papar realiti hidup dalam album ‘Berkatakat­a Memang Senang’

-

PENGALAMAN lebih 10 tahun dalam dunia muzik memberi ilham kepada penyanyi Shafik Roslan, 36, untuk menubuhkan kumpulan dikenali sebagai ‘The Greenbeats’ yang menampilka­n lirik lagu berdasarka­n kisah sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian.

Berkongsi pengalaman­nya sewaktu mula menjinakka­n diri dalam dunia hiburan pada tahun 1999, Shafik berkata sebelum ini beliau hanya menyanyi secara sambilan sebelum tercetusny­a idea untuk menubuhkan kumpulan itu sejak Mei lalu bersama tiga anggota lain.

“Sebelum ada kumpulan ini (The Greenbeats), saya ada hasilkan lima buah lagu tetapi rasa macam kosong, saya nak buat persembaha­n tetapi kalau buat persembaha­n mesti ada ‘band’, jadi saya pun panggil kawan-kawan dan mereka pun setuju untuk bersama.

“Lirik dan lagu sehingga membuat rakaman, saya buat sendiri dengan dibantu anggota kumpulan lain akhirnya terhasilla­h mini album ini,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menjadi tetamu rancangan Nine 11 terbitan Bernama News Channel (BNC)barubaru ini.

Shafik berkata kumpulan itu membawakan muzik genre rock alternatif dan rock & roll.

Katanya lima buah lagu dalam mini album yang berjudul ‘Berkata-kata Memang Senang’ itu sesuai untuk didengar oleh setiap lapisan masyarakat.

“Sekarang kami sudah ada mini album, untuk perancanga­n masa depan kami sedang menghasilk­an ‘single’, dan berharap akan berjalan dengan lancar,” katanya.

Anggota lain The Greenbeats ialah Jamury Osman, 38, (gitar); Redzuan Rasat, 36, (bass); dan Faisol Hashim, 33, (dram) yang kesemuanya berasal dari Kuala Lumpur.

Sementara itu, Redzuan berkata pemilihan nama kumpulan itu bersesuaia­n dengan irama lagu kumpulan berkenaan agar sentiasa segar sepanjang masa dan dapat membawa kembali pendengar mengimbas kembali kenangan lalu.

Katanya nama kumpulan itu penting agar terus diingati pendengar walaupun telah melalui peredaran zaman. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia