Utusan Borneo (Sabah)

Keseimbang­an bunyi bantu mantapkan persembaha­n muzik

- Jabatan Penerangan

ASPEK keseimbang­an bunyi kelihatan seperti tidak penting, namun tanpanya, bunyibunyi­an dalam sesuatu persembaha­n hiburan menjadi kurang sedap didengar dan tidak sempurna.

Itu adalah pandangan juruteknik keseimbang­an bunyi yang berpengala­man luas dalam seni muzik, Minami T. Anduini, 32, juga dikenali sebagai Deejay Suga dalam kalangan peminat Sabah Vfm, Segmen Bahasa Kadazan.

Oleh kerana bakat luar biasa yang dimiliki, beliau yang mula bertugas di Bahagian Hiburan dan Muzik, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah sejak 18 April 2005, turut diberi kepercayaa­n mengendali­kan aspek keseimbang­an bunyi.

Ini sekaligus menjadikan­nya sebagai individu di belakang tabir terpenting khususnya dalam penerbitan program hiburan dan siaran langsung sama ada menerusi tv ataupun radio.

Manakala, pengalaman paling bermakna bagi dirinya adalah sewaktu menerbitka­n rancangan khas, Ekspresi Kombo sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Haji Juhar Datuk Mahiruddin Ke-61.

“Saya sedikit gementar dan teruja apabila diberi tugasan melibatkan seseorang yang paling disegani di negeri ini. Tetapi saya bersyukur, rancangan tersebut akhirnya berjalan lancar.

“Pada ketika itu,

Tun Juhar membuat persembaha­n bersama anaknya, Al Hambra sambil disaksikan Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni di Studio RTM dan ini jelas memperliha­tkan bahawa keluarga Tun Juhar sangat meminati muzik.

“Selepas program tersebut, RTM Sabah kerap menerima kunjungan Tun Juhar untuk jamming bersama para pemuzik, Kombo RTM,” kongsinya setelah dianuhgera­hkan darjah Pingat Perkhidmat­an Terpuji (S.K) dalam Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran Negeri Sabah di Istana Negeri, baru-baru ini.

Demi mengembang­kan lagi industri seni tanahair, anak jati Papar yang sering dianggap rakyat Jepun kerana namanya itu, berazam mencurah ilmu kepada sesiapa yang berminat mendalami ilmu keseimbang­an bunyi.

“Saya akan mencurahka­n ilmu kepada sesiapa yang berminat dalam sound

balancing (keseimbang­an bunyi) kerana tugasan ini memerlukan minat yang mendalam,” katanya yang kerap diundang sebagai penceramah teknikal dalam beberapa kursus berkaitan audio.

 ??  ?? MINAMI bersama isterinya, Ritah Aloysius juga bertugas di RTM Sabah.
MINAMI bersama isterinya, Ritah Aloysius juga bertugas di RTM Sabah.
 ??  ?? SESEBUAH konsert live memerlukan keseimbang­an bunyi yang tepat.
SESEBUAH konsert live memerlukan keseimbang­an bunyi yang tepat.
 ??  ?? MINAMI (kiri) dikurniaka­n pingat SK oleh Tun Juhar.
MINAMI (kiri) dikurniaka­n pingat SK oleh Tun Juhar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia