Utusan Borneo (Sabah)

Bantu tangani derita pelarian

Delegasi BNBBC serah sumbangan untuk pelarian Rohingya

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Delegasi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) diketuai Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memberi sumbangan tunai kepada mangsa pelarian Rohingya melalui badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendali bantuan di Kem Pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh, pada Jumaat.

Turut memberi sumbangan Ahli Parlimen Parti Islam Se-Malaysia (Pas) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyertai rombongan ke kem berkenaan.

Sumbangan disampaika­n oleh Ronald kepada dua NGO utama, iaitu Mercy Malaysia dan Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Menurut Ronald, kehadiran ahli-ahli Parlimen Malaysia ke kem itu adalah hasil keputusan Kabinet untuk Parlimen Malaysia menghantar rombongan melihat sendiri apa yang berlaku di Kem Kutupalong serta kem-kem yang lain.

Katanya, isu ini juga antara yang terpenting sering kali dibahas Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkan­g, maka kali ini diberi peluang untuk melihat sendiri kesengsara­an yang dihadapi mereka.

“Ia jadi kelebihan tanpa batasan parti kerajaan atau pembangkan­g, kita samasama menyokong usaha yang dibuat kerajaan untuk memastikan isu Rohingya sampai ke peringkat antarabang­sa dan kita hayati isu ini supaya sumbangan dapat diberikan dengan lebih banyak.

“Tujuan kita adalah supaya mereka yang terkeluar dari negara mereka ini dapat dikembalik­an ke tempat asal mereka,” katanya berucap pada majlis taklimat dan penyerahan sumbangan di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Seramai 12 Ahli Parlimen yang turut serta menyertai delegasi rombongan ke kem pelarian itu termasukla­h ahli parlimen daripada Barisan Nasional (BN), PKR, Pas dan Parti Anak Negeri (PAN).

Ia diketuai Ronald sendiri dan turut disertai Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Antara 12 Ahli Parlimen yang turut serta adalah Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid, Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi, Ahli Parlimen PKR Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen Pas Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff.

Ronald berkata, bantuan dari segi makanan, sejumlah 25 tan kini sedang dalam proses penghantar­an oleh pihak Malindo Air dan akan disalurkan terus melalui NGO berkenaan.

“Usaha Malaysia kini didengar masyarakat antarabang­sa dan dibincang dalam ASEAN, OIC malah Presiden Amerika sendiri telah menyentuh isu Rohingya dalam ucapan beliau hasil usaha yang dibuat Perdana Menteri kita yang tidak hentihenti membawa isu ini ke peringkat antarabang­sa.

“NGO lain yang bertapak di Bangladesh ini dengan menyumbang usaha dan tenaga memastikan lebih banyak bantuan kewangan disalurkan masyarakat antarabang­sa adalah usaha murni yang harus disanjung bersama,” katanya.

Jelas Ronald, meskipun kini sedang dalam usaha untuk meluluskan Bajet 2018, Parlimen Malaysia tetap mencari kesempatan untuk turut serta menghulurk­an bantuan dan mendengar rintihan rakyat di sana walaupun dalam masa yang singkat.

“Ia jadi kelebihan tanpa batasan parti kerajaan atau pembangkan­g, kita samasama menyokong usaha yang dibuat kerajaan untuk memastikan isu Rohingya sampai ke peringkat antarabang­sa dan kita hayati isu ini supaya sumbangan dapat banyak.” diberikan dengan lebih DATUK SERI DR RONALD KIANDEE Timbalan Speaker Dewan Rakyat

 ??  ?? RONALD (depan, tiga kiri) menyampaik­an simbolik sumbangan kepada wakil Mercy Malaysia di Kem Pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh.
RONALD (depan, tiga kiri) menyampaik­an simbolik sumbangan kepada wakil Mercy Malaysia di Kem Pelarian Cox’s Bazar, Bangladesh.
 ??  ?? RONALD ketika berucap di majlis berkenaan.
RONALD ketika berucap di majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia