Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki mengaku tidak bersalah perdagang dua kanak-kanak jadi buruh paksa

Lelaki mengaku tidak bersalah, pengurusan kes pada 15 Jan 2018

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Khamis, atas pertuduhan memperdaga­ngkan dua kanak-kanak untuk dijadikan buruh paksa.

Bagaimanap­un Hii Hiong Ping, 70, yang diwakili peguam Shahlan Jufri mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azreena Aziz.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama Harry yang masih bebas memperdaga­ngkan dua kanakkanak terbabit, bagi maksud eksploitas­i kerja paksa.

Kesalahan didapati dilakukan pada 20 Oktober jam 11.28 pagi di kawasan pembalakan Kampung Melalia, daerah Sipitang.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran 2007, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara antara tiga tahun hingga 20 tahun, serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan pada 15 Januari tahun hadapan untuk pengurusan kes terhadap Hii yang diberikan ikat jamin sebanyak RM20,000 deposit RM10,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwara­ya Mohd Khairuddin Idris.

Di Mahkamah Majistret, seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun didakwa atas pertuduhan mencederak­an isterinya.

MajistretA­fiqAgoesme­netapkan pada 13 Disember untuk sebutan semula kes terhadap Hassan Amuma, selepas mengaku tidak bersalah.

Tertuduh didakwa mencederak­an mangsa pada 26 November jam 10 malam di tepi Jalan Coastal berhampira­n pusat membeli belah Imago, di sini.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, boleh dikenakan penjara maksimum setahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni mencadangk­an tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM5,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Namun Hassan yang tidak diwakili peguam meminta jumlah berkenaan dikurangka­n, kerana mempunyai istreri dan dua anak.

Sementara menunggu kes selesai, mahkamah memberikan tertuduh ikat jamin sebanyak RM2,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama Harry yang masih bebas memperdaga­ngkan dua kanakkanak terbabit, bagi maksud eksploitas­i kerja paksa. Kesalahan didapati dilakukan pada 20 Oktober jam 11.28 pagi di kawasan pembalakan Kampung Melalia, daerah Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia