Utusan Borneo (Sabah)

Teruja menjinak ombak di Festival Papan Luncur Air dan Muzik 2017

Sempena Festival Papan Luncur Air dan Muzik 2017

-

ULAN September hingga Disember setiap tahun, adalah masa yang dinantikan para peluncur ombak untuk melepaskan gian menjadi raja di laut.

Terdapat beberapa lokasi menarik di Sabah yang menjadi tumpuan para peluncur selain Kudat iaitu di Tanjung Aru, Karambunai dan Kota Belud.

Festival Papan Luncur Air dan Muzik yang diadakan di Pantai Kalampunia­n, Tanjung Simpang Mengayau, Kudat pada Sabtu lalu merupakan yang pertama dianjurkan tahun ini oleh Sri Pelanconga­n Sabah dengan sokongan Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Menterinya, Datuk Masidi Manjun berkata aktiviti sukan papan luncur air di negeri ini semakin diminati ramai dan Kudat mampu menjadi daya tarikan pelancong yang popular di negeri ini.

Peminat sukan air ini sememangny­a semakin bertambah apabila pihak penganjur turut memberi peluang kepada rakan media merasai pengalaman setahun sekali ini.

Juru foto akhbar nasional Irwan Majid, 35, tekad menjadikan sukan ini sebagai hobi pertama selepas merasai pengalaman 25 minit berhempas pulas menjinakka­n ombak hingga berjaya berdiri di atas papan luncur dengan bergaya.

“Ini sememangny­a pengalaman pertama saya meluncur air dan sebelum ini hanya mampu lihat di televisyen sahaja. Kebetulan saya ditugaskan untuk festival ini, saya terus ambil peluang tersebut.

“Semangat untuk ke sini memang berkobar-kobar kerana sudah dimaklumka­n oleh urusetia bahawa media akan diberi peluang, selepas tiba, saya segera daftarkan nama dan tunggu giliran untuk mengambil papan luncur,”ujarnya.

Walaupun latihan diberikan agak singkat, tetapi sebagai anak Bajau Laut yang sentiasa dekat dengan air, Irwan berusaha juga melalui cabaran seperti peluncur lainnya.

“Sangat berbeza sekali jika dibandingk­an di darat, pengalaman itu tidak seperti menunggang motosikal, cabarannya ialah menangani ombak yang datang.

“Kita perlu kejar ombak untuk mendapatka­n arus supaya papan luncur terus meluncur selain perlu berusaha untuk mengimbang­kan badan,”katanya.

Irwan turut berharap agar pihak kementeria­n dapat menyediaka­n kelas belajar meluncur pada hujung minggu kepada peminat baharu dengan kadar yuran yang rendah agar jumlah peminat terhadap sukan terbabit terus meningkat.

“Saya juga berharap sukan ini dapat dikembangk­an lagi di Sabah kerana negeri ini mempunyai laut yang cantik dan luas,”katanya.

Dalam pada itu, wartawan akhbar tempatan, Sherell Jeffrey, 38, sangat menghargai peluang yang diberikan oleh pihak penganjur.

“Memang satu kelebihan kepada sesiapa yang tahu berenang untuk cuba belajar meluncur air.

“Apa yang saya boleh katakan, ia merupakan pengalaman yang sangat seronok dan mengujakan walaupun tidak dapat meluncur ombak seperti apa yang saya inginkan.

“Rasanya saya hanya kelihatan seperti seekor dugong sedang terbaring di atas papan luncur ketika itu, tetapi saya tidak serik untuk mencuba lagi nanti,” ujar Sherell.

Seorang lagi wartawan akhbar nasional, Willie Jude Junaidi hanya mampu bertahan selama 10 minit sebelum mengalah kerana keletihan.

“Agak sukar untuk naik ke papan luncur kerana perlu berusaha untuk mengimbang­kan badan ditambah lagi dengan tolakan ombak yang kuat dan papan luncur yang ringan.

“Tetapi dengan latihan yang cukup mungkin saya berpeluang untuk menewaskan finalis profesiona­l pada tahun hadapan,” katanya bergurau.

Willie juga berharap dengan sokongan yang diberikan oleh kementeria­n dalam festival ini diharap akan ramai peluncur tempatan berpeluang menjadi finalis akhir selepas ini kerana Malaysia sebenarnya punya banyak bakat yang menonjol dan hebat.

“Ramai peluncur tempatan yang hadir dalam festival ini dan ada di antaranya adalah kanakkanak berusia tujuh ke lapan tahun yang sudah mula meluncur air.

“Jika mereka mendapat pendedahan awal dan mendapat latihan yang cukup tidak mustahil akan menjadi juara pada masa akan datang,”katanya.

Festival Papan Luncur Air dan Muzik 2017 turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Luncur Air Sabah dan Pejabat Daerah Kudat.-Artikel

 ??  ??
 ??  ?? IRWAN berjaya berdiri di atas papan luncur dengan bergaya. WILLIE berusaha untuk mengimbang­kan badan untuk berdiri di papan luncur.
IRWAN berjaya berdiri di atas papan luncur dengan bergaya. WILLIE berusaha untuk mengimbang­kan badan untuk berdiri di papan luncur.
 ??  ?? SUASANA di tepi pantai dipenuhi dengan peluncur-peluncur yang ingin cuba meluncur.
SUASANA di tepi pantai dipenuhi dengan peluncur-peluncur yang ingin cuba meluncur.
 ??  ?? SHERELL tidak serik untuk mencuba lagi pada masa akan datang.
SHERELL tidak serik untuk mencuba lagi pada masa akan datang.
 ??  ?? MASIDI (empat kanan) ketika menghadiri festival berkenaan.
MASIDI (empat kanan) ketika menghadiri festival berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia