Utusan Borneo (Sabah)

Wanita rentung dalam kebakaran di Kampung Tambilaung

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA BELUD: Seorang wanita ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampung Tambilaung, di sini awal pagi Khamis.

Mangsa, Arimah Sagi, 55 ditemukan rentung berdekatan pintu rumahnya semasa anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Rozlan Omar berkata kejadian jam 2 pagi itu memusnahka­n sebuah rumah tidak kekal berukuran 60X80 kaki persegi yang didiami tujuh anggota keluarga berumur enam hingga 74 tahun.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.09 pagi sebelum menggegask­an tujuh anggota BBP Kota Belud bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

Menurutnya pihaknya terpaksa mengambil masa lama iaitu kira-kira setengah jam ke lokasi berikutan keadaan laluan yang sempit dan jalan tidak berturap untuk ke lokasi sejauh 28 kilometer terbabit.

“Sebaik tiba anggota kita segera melakukan operasi pemadaman menggunaka­n sumber air dari jentera bomba.

“Api berjaya dipadam beberapa minit kemudian bagaimanap­un kita tidak dapat menyelamat­kan rumah mangsa dan kejadian turut memusnahka­n tiga motosikal yang diletakkan berhampira­n rumah terbabit,” katanya.

Rozlan berkata mangsa yang rentung dalam kejadian ini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi keseluruha­n tamat jam 4.45 pagi,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN rumah yang musnah semasa ketibaan anggota bomba.
KEADAAN rumah yang musnah semasa ketibaan anggota bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia