Utusan Borneo (Sabah)

Musa luluskan tiga projek di Kunak

-

KUNAK: Kunak akan menikmati pembanguna­n fizikal berterusan setelah tiga lagi projek untuk kesejahter­aan rakyat diluluskan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Tiga projek tersebut ialah mahkamah anak negeri, perpustaka­an serta Kompleks Sukan Mini Kunak dan peruntukan­nya akan disalurkan sama ada menerusi kerajaan negeri atau pusat, kata Musa.

“Permintaan Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kunak Datuk Nilwan Kabang untuk tiga projek itu khusus untuk penduduk Kunak ini saya luluskan,” katanya dan disambut dengan sorakan penduduk setempat.

Musa mengumumka­n perkara itu ketika berucap pada majlis perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pangkalan di sini, pada Khamis.

Sehingga kini, 70 peratus daripada 400 unit PPR Sri Pangkalan telah dihuni penduduk layak yang sebelum ini menghuni kawasan setinggan di atas air di Kampung Pangkalan.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Musa mahu wakil rakyat di setiap kawasan saling bekerjasam­a dengan jabatan atau agensi kerajaan negeri dan pusat bagi memastikan segala projek pembanguna­n yang dibawa kerajaan Barisan Nasional dapat berjalan lancar serta mengikut jadual.

“Setakat ini saya berpuas hati tahap kerjasama pihak pimpinan dan pegawai kerajaan begitu mantap apabila pelbagai projek infra untuk rakyat seperti jalan raya dan sekolah dilaksanak­an dengan baik,” katanya.

Beliau turut meminta agar para kontraktor yang menerima mandat projek supaya menyiapkan­nya mengikut jadual ditetapkan dan projek-projek sakit perlu ditangani dengan kadar segera dan disiapkan.

“Kita tidak mahu rakyat menerima akibatnya yang sebenarnya adalah kecuaian dari pihak lain,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia