Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki menyamar polis diberkas

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seorang lelaki berpakaian seperti anggota polis ditahan dalam sebuah kereta selepas menyamar polis di kawasan Sedco Industri Batu 3, awal pagi Rabu.

Pihak polis turut merampas beberapa peralatan polis lain dalam kenderaan suspek.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata suspek berumur 30-an ditahan setelah pihaknya menahan sebuah kenderaan yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigak­an.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap suspek mendapati dia memakai baju-T berkolar warna hitam oren berlogo polis, seluar gerakan warna biru gelap, tali pinggang berlogo polis dan kasut hitam.

“Pemeriksaa­n juga dijalankan dalam beg pinggang jenama Adidas yang dipakai suspek, menemui sekeping kad yang diubahsuai bertulis Polis Diraja Malaysia, sekeping MyKad dan lesen memandu,” katanya.

Azhar berkata pemeriksaa­n di dalam kereta suspek juga menemui pelbagai peralatan polis.

Tambahnya ujian saringan airkencing­suspekjuga­didapati positif menggunaka­n dadah jenis methamphet­amine.

“Suspek juga mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun 2012 iaitu atas kesalahan dadah,” katanya.

Beliauberk­atakesberk­enaan disiasat mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan, yang mana sabit kesalahan memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau keduaduany­a.

Bagi kesalahan memiliki barang-barang peralatan polis mengikut Seksyen 89 Akta Polis, memperuntu­kkan hukumanden­datidakmel­ebihi RM500 atau penjara tidak lebih enam bulan atau keduaduany­a.

 ??  ??
 ??  ?? AZHAR menunjukka­n kad kuasa dan baju polis yang dirampas daripada suspek.
AZHAR menunjukka­n kad kuasa dan baju polis yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia