Utusan Borneo (Sabah)

Sistem Geoval hasil inovasi cemerlang DBKK

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Jabatan Penilaian Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hasilkan inovasi Sistem Geoval yang pertama seumpamany­a di Malaysia.

Sistem berkenaan berjaya dinobatkan sebagai juara Pertanding­an Inovasi dan Rekacipta Kreatif DBKK 2017 kategori pengurusan.

Pengarah Jabatan Penilaian DBKK Lifred Wongberkat­a,SistemGeov­al atau ‘Geovaluer’ adalah sistem yang mengubah proses kerja penilaian daripada manual kepada digital sepenuhnya.

Katanya, ia dapat menyelesai­kan penilaian kes dengan lebih cepat tanpa melibatkan ramai pekerja.

“Sistem ini juga dapat menyimpan lebih banyak informasi kompleks dan dikongsika­n dengan jabatan lain dalam DBKK.

“Contohnya, sebelum ini pemeriksaa­n tanah terpaksa menggunaka­n peta dan pekerja perlu mencari kawasan tanah yang terlibat serta membuat salinan.

“Dengan adanya sistem ini, semua maklumat yang diperlukan boleh diperoleh melalui teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS),” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis Sambutan Hari Inovasi DBKK 2017, di sini pada Khamis.

Majlis itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah. Turut hadir, Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai.

Lifred berkata, sistem berkenaan dihasilkan sejak 2010 dan mula digunakan secara berperingk­at pada 2014.

Walaupun sudah digunapaka­i jelasnya, sistem itu masih memerlukan modifikasi khusus terutamany­a dalam kaedah penilaian yang melibatkan olahan statistik.

Selain itu katanya, sistem itu juga mula menarik minat beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya dari Semenanjun­g.

 ??  ?? LIFRED (empat kanan) bersama kakitangan Jabatan Penilaian DBKK menerima hadiah daripada Edward (empat kiri) pada majlis itu.
LIFRED (empat kanan) bersama kakitangan Jabatan Penilaian DBKK menerima hadiah daripada Edward (empat kiri) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia