Utusan Borneo (Sabah)

12 termasuk seorang wanita ditahan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Polis di sini menahan 12 orang termasuk seorang wanita yang terlibat kes pecah rumah, pejabat, kedai dan curi kabel dalam beberapa operasi bermula pertengaha­n bulan November.

KetuaPolis­DaerahAsis­tenKomisio­ner Mohd Azhar Hamin berkata kesemua suspek berumur lingkungan 20-an hingga 30-an terdiri daripada 10 rakyat tempatan dan dua lagi warga asing.

“Pihak polis juga mendapati 10 dari mereka positif dadah jenis syabu,” katanya.

Beliau berkata bagi kes pecah pejabat, dua suspek ditangkap di reban ayam, belakang Flat MPS Karamuntin­g kerana dipercayai melakukan kesalahan itu dengan memecah masuk Pejabat Umno Batu Sapi dan Tadika Permata Batu Sapi, melibatkan kerugian bernilai RM3,000.

Bagi kes pecah kedai, tiga suspek termasuk seorang wanita ditangkap pada 11 November dan 24 November masingmasi­ng di Kampung Sundang Batu Sapi dan setinggan Kampung Bakau.

Mereka dipercayai melakukan kesalahan itu di sebuah kedai di Bandar Perdana, Batu 7 Lapangan Terbang Sandakan, pejabat kilang sebuah syarikat di Jalan Labuk dan sebuah syarikat tayar di Batu 8.

Empat suspek lagi terbabit dalam kes pecah rumah, ditahan di Taman Merpati, Batu 7 kerana dipercayai melakukan kesalahan itu di Lot 63, Lorong Belian, Taman Beliau, Jalan Rimba, Batu 7.

Manakala bagi kes curi kabel tiga suspek ditangkap pada 22 November di tepi jalan Sungai Batang, Batu 10, melibatkan rampasan bernilai RM35,000.

Dalam pada itu, Azhar menasihatk­an orang awam agar tidak membeli barangbara­ng curi kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Pihak syarikat swasta terutamany­a yang melibatkan projek-projek bagi pemasangan kabel dinasihatk­an supaya mengambil inisiatif bagi menjaga harta benda mereka agar tidak mudah dicuri dan tidak sewenang-wenangnya meletakkan tanggungja­wab ini kepada pihak polis sahaja,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n penghargaa­n terima kasih kepada orang ramai yang membantu dan memberi maklumat sehingga tertangkap­nya penjenayah-penjenayah ini.

“Saya berharap agar ramai lagi yang akan tampil untuk memberi maklumat kepada pihak kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia