Utusan Borneo (Sabah)

Operasi lebih masa, pekerja premis hiburan didenda

-

KOTA KINABALU: Seorang pekerja premis hiburan dikenakan denda sebanyak RM4,500 atau penjara enam bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan menjalanka­n operasi melebihi masa.

Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohamad Taufiq, 25, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 4 (1) Ordinan Hiburan Awam 1958.

Hukuman yang diperuntuk­kan denda maskimum RM50,000 atau penjara selama tempoh 12 bulan atau dengan keduaduany­a sekali.

Kesalahan itu dilakukan pada 18 November jam 3.45 pagi di sebuah pusat karaoke di sini.

Semasa rayuan, tertuduh meminta hukumannya diringanka­n kerana mempunyai dua anak, selain isterinya sarat mengandung.

Sementara itu, seorang juruwang sebuah premis hiburan didenda RM2,500 atau penjara enam bulan, selepas mengaku bersalah atas kesalahan yang sama.

Mastura Omar, 28, melakukan kesalahan itu pada 27 November jam 2.27 pagi di sebuah pusat hiburan, Taman Che Mei, Penampang.

Ketika rayuan, tertuduh menyatakan dirinya seorang ibu tunggal dan perlu menanggung keluargany­a.

Mahkamah juga memerintah­kan barang kes yang dirampas dikembalik­an kepada pemilik asal.

Sementara itu, seorang lelaki dikenakan penjara 12 bulan atas kesalahan cuba mencuri sebanyak 22 keping aluminium.

Majistret Afiq menjatuhka­n hukuman itu terhadap Abnil Sahibil, 34, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara selama tempoh tiga tahun setengah, atau boleh dikenakan denda atau keduaduany­a sekali.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi lelaki Shamsudin Bansil, 43, pada 6 Jun jam 4.30 pagi di sebuah bukit Kampung Numbak, Manggatal.

Mahkamah juga memerintah­kan Abnil yang tidak memiliki dokumen diri, dirujuk ke Jabatan Imigresen setelah tamat tempoh hukuman.

Sementara itu, Shamsudin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Afiq menetapkan pada 12 Disember untuk sebutan semula kes terhadap tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia