Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan tiga wanita asing

Dipercayai terbabit aktiviti pelacuran

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga wanita warga asing selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran di Kampung Air pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata pihaknya berjaya menahan suspek selepas melakukan intipan berterusan di lokasi kejadian.

“Selepas mendapat maklumat daripada orang awam sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu melakukan serbuan di sekitar Kampung Air.

“Tiga wanita warga asing berumur 38 hingga 45 tahun yang ditahan kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana menjalanka­n aktiviti maksiat dan pelacuran.

“Suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgu­nakan pasport,” katanya di sini pada Khamis.

Sementara itu dalam tangkapan berasingan seorang remaja lelaki berjaya ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal di daerah ini.

Chandra berkata suspek berumur 17 tahun ditahan dalam dua siri serbuan di Kampung Likas petang Rabu lalu.

“Hasil daripada serbuan berjaya merampas beberapa barangan kes dan sebuah motosikal yang dicuri oleh suspek.

“Barangan rampasan dibawa ke IPD Kota Kinabalu dan suspek disiasat mengikut Seksyen 379 A (1) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan motosikal,” katanya.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih dengan maklumat yang disalurkan orang ramai dalam usaha mengurangk­an jenayah di sini.

 ??  ?? WANITA warga asing yang ditahan polis di Kampung Air.
WANITA warga asing yang ditahan polis di Kampung Air.
 ??  ?? REMAJA lelaki yang ditahan bersama motosikal yang dicuri di Kampung Likas.
REMAJA lelaki yang ditahan bersama motosikal yang dicuri di Kampung Likas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia