Utusan Borneo (Sabah)

Prof. Dr. Rasid Mail, TNC Akademik Dan Antarabang­sa UMS baharu

-

KOTA KINABALU: Profesor Dr. Rasid Mail, 49, dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa), Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Disember ini.

Beliau yang berasal dari Bongawan, memulakan perkhidmat­an di UMS sebagai tutor sejak tahun 1997 sebelum dilantik sebagai pensyarah di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (kini Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, (FPEP) pada tahun 1998.

Beliau memulakan kerjaya sebagai akauntan di beberapa agensi kerajaan, antaranya Lembaga Koko Malaysia dan Kementeria­n Pertanian Negeri Sabah sekitar tahun 1990an, dan mendapat keahlian sebagai Akauntan Bertauliah (Chartered Accountant) dari Institut Akauntan Malaysia pada 1996.

Sejak berkhidmat di UMS lebih 20 tahun lalu, beliau memegang pelbagai jawatan pentadbira­n seperti Dekan FPEP, Dekan Pusat Pengajian Pascasiswa­zah UMS dan Timbalan Pengarah Pusat Penyelidik­an dan Inovasi UMS, selain dilantik sebagai Profesor Gred Khas C (VK7) pada bulan September 2015.

Beliau juga telah terlibat dalam 20 projek penyelidik­an dan lapan projek rundingan, selain terlibat dalam pelbagai penerbitan buku, artikel, jurnal dan manuskrip di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Atas pengalaman luas beliau dalam bidang akademik serta pengajian tinggi di peringkat tempatan dan antarabang­sa menjadikan Prof. Dr. Rasid sebagai individu berkaliber dan berkelayak­an menggalas tanggungja­wab Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UMS.

 ??  ?? RASID
RASID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia