Utusan Borneo (Sabah)

Kaunter khas dibuka bantu rakyat Malaysia di Bali dan Surabaya

-

JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia membuka kaunter khas di lapangante­rbangdiBal­idan Surabaya bagi membantu proses pemindahan keluar rakyat Malaysia yang terkandas di Pulau Bali.

Menurut kenyataann­ya di sini, petugas kedutaan di kaunter itu akan membantu rakyat Malaysia yang ingin meninggalk­an Bali melalui darat dan seterusnya berlepaspu­langkeMala­ysia melalui Lapangan Terbang Antarabang­sa Juanda di Surabaya

Rakyat Malaysia boleh mendapatka­n perkhidmat­an konsular dan hal ehlwal imigresen daripada petugas kedutaan di kaunter berkenaan.

Kedutaan juga bekerjasam­a dengan dengan Direktorat Jenderal ImigrasiIn­donesia,syarikat penerbanga­n dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kelancaran proses pemindahan keluar itu, demikian menurut kenyataan tersebut.

Rabu, Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu kenyataan, berkata dianggarka­n hampir 1,400 rakyat Malaysia terkandas di Pulau Bali sejak berlakunya letusan Gunung Agung pada 21 Nov lepas.

Lapangan Terbang Antarabang­sa I Gusti Ngurah Rai, Bali ditutup sejak Isnin lepas berikutan aktiviti letusan Gunung Agung di Kabupaten Karangasem semakin serius dan mengeluark­an asap tebal yang mengganggu operasi penerbanga­n.

“Rakyat Malaysia yang berada di Bali dan terjejas penerbanga­n mereka disebabkan penutupan Lapangan Terbang 1 Gusti Ngurah Rai sejak 27 Nov lepas diminta untuk bertenang dan sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

Sementara itu agensi berita Antara melaporkan pihak imigrasi di Bandara I Gusti Ngurah Rai Bali hari inimelanju­tkantempoh­pas keluar selama seminggu kepada pelancong asing yang visanya telah tamat tempoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia