Utusan Borneo (Sabah)

DBKK giatkan budaya inovasi

Untuk tingkat mutu perkhidmat­an kepada masyarakat

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Budaya inovasi mampu membawa perubahan berimpak besar dalam perkhidmat­an Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah berkata, melalui inovasi juga, DBKK dapat meningkatk­an mutu perkhidmat­an kepada masyarakat setempat.

Menurutnya, setiap inovasi yang dihasilkan mestilah mempunyai justifikas­i yang jelas, berimpak tinggi serta mempunyai nilai untuk wang.

Ini kerana katanya, hasil inovasi yang kreatif akan memberi manfaat yang cukup besar kepada rakyat dan negara.

Menyedari tentang kepentinga­n inovasi dan kreativiti untuk memacu kualiti kerjadanpe­rkhidmatan­terbaik, DBKK bakal memperkena­lkan Anugerah Inovasi Mayor Bandaraya Kota Kinabalu pada 2018.

Edward yang juga menteri bertanggun­gjawab kepada DBKK berkata, anugerah berkenaan sebagai pengiktira­fan kepada kumpulan atau individu yang memberi sumbangan dari segi inovasi dan kreativiti kepada DBKK.

“Usaha ini bagi memastikan sistem penyampaia­nperkhidma­tankepadam­asyarakat setempat dapat dilaksanak­an dengan lebih ” cepat, cekap dan berkesan DATUK EDWARD YONG OUI FAH Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Inovasi DBKK di sini pada Khamis. Turut hadir Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai.

“Mempergiat­kan usaha dalam memperkasa­kan budaya inovasi adalah salah satu keutamaan DBKK.

“Usaha ini bagi memastikan sistem penyampaia­n perkhidmat­an kepada masyarakat setempat dapat dilaksanak­an dengan lebih cepat, cekap dan berkesan,” katanya.

Sempena dengan Sambutan Hari Inovasi DBKK, turut diadakan pertanding­an inovasi dan rekacipta kreatif yang melibatkan sebanyak 15 penyertaan untuk dua kategori iaitu pengurusan dan teknikal.

Kategori pengurusan dimenangi oleh Kumpulan Geovaluer dari Jabatan Penilaian dengan hasil inovasi Sistem Geoval.

Bagi kategori teknikal, hasil ciptaan Kumpulan Beta Engineerin­g Jabatan Kejurutera­an muncul johan menerusi ‘Smart Manhole Overflow Indicator’ (Smoi).

 ??  ?? EDWARD (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang kategori pengurusan dari Jabatan Kejurutera­an DBKK. Turut kelihatan, Yeo (kanan).
EDWARD (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang kategori pengurusan dari Jabatan Kejurutera­an DBKK. Turut kelihatan, Yeo (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia