Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan nasyid, penyanyi lagu dakwah disaran tingkatkan kualiti

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kumpulanku­mpulan nasyid dan penyanyi lagu-lagu dakwah di negeri ini disaran supaya terus aktif berkarya serta meningkatk­an mutu dan kualiti karya mereka.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Haji Mohd. Arifin Arif berkata penggiat kesenian Islam terlibat juga diharap tidak mudah berpuas-hati dengan pencapaian mereka.

“Kita percaya hiburan salah satu medium berkesan di dalam menyebarka­n dakwah Islamiah dan mampu menarik anak muda melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan.

“Justeru kita menyeru para penggiat seni hiburan nasyid dan lagu-lagu dakwah supaya sentiasa aktif menghasilk­an karya-karya yang menepati citarasa pendengar,” katanya.

Arifin berkata demikian pada sidang media Majlis Kasih Junjungan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2017, di Padang Bandaran Tawau, di sini Rabu.

Menurutnya, penggiat nasyid dan lagu-lagu dakwah juga diharap tidak terlalu bergantung kepada pertanding­an semata-mata untuk mengambil bahagian ataupun berlatih.

“Ciptalah lagu dan lirik sesuai yang boleh mengajak masyarakat kita mendekatka­n diri kepada Allah dan lakukanlah secara konsisten,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berbangga kerana Sabah memiliki ramai penggiat seni yang terlibat dalam penulisan lirik berkualiti malah turut mahir dalam bidang seni suara.

 ??  ?? ARIFIN menyeru para penggiat kesenian Islam berbentuk hiburan seperti nasyid dan lagu-lagu dakwah supaya sentiasa aktif dan meningkatk­an kualiti karya mereka.
ARIFIN menyeru para penggiat kesenian Islam berbentuk hiburan seperti nasyid dan lagu-lagu dakwah supaya sentiasa aktif dan meningkatk­an kualiti karya mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia