Utusan Borneo (Sabah)

Beri peluang pelatih jalani latihan industri

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Penggiat industri pelanconga­n disaran memberi peluang kepada pelatih pusat latihan kemahiran untuk menjalani latihan industri di pusat Spa dan terapi yang terdapat di resort mereka.

Pengarah Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM) Azmi Salim berkata usahaitupe­rlubagimem­udahkan pelatih pusat kemahiran menimba pengalaman sebelum memulakan kerjaya dalam bidang masing-masing.

Katanya langkah itu akan membantu meningkatk­an lebih ramaitenag­amahirdala­mbidang kecantikan dan kesihatan.

Memandangk­an pasaran kerja untuk bidang ini begitu luas maka, pelatih harus memanfaatk­an peluang yang ada untuk meningkatk­an kemahiran diri melalui penyertaan dalam kursus yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun sektor swasta.

“Kita mahu melahirkan lebih ramai modal insan berkemahir­an dalam bidang ini bagi memenuhi permintaan pasaran di Sabah.

“Kita mahu tenaga mahir kita memenuhi pasaran kerja di negeri ini terlebih dahulu sebelum dihantar ke Semenanjun­g Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesye­n Perantis Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Point D’Beaute Academy, di sini pada Khamis.

Selain itu beliau turut mengingatk­an para majikan supaya sentiasa menitikber­atkan kebajikan tenaga berkemahir­an ini bagi menjaga nama baik resort mahupun pusat kecantikan masing-masing.

Azmi juga mengingatk­an belia di luar sana supaya mengambil kesempatan yang diberi melalui pemberian insentif kerajaan supaya menjalani latihan kemahiran. Usaha itu akan membolehka­n kerajaan merealisas­ikan hasrat melahirkan modal insan yang optima.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatk­an pelatih yang membuka pusat kecantikan dan kesihatan sendiri supaya membantu melatih golongan belia lain. Ini akan membantu merealisas­ikan hasrat kerajaan dalam melahirkan lebih ramai modal insan berkemahir­an.

 ??  ?? AZMI (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Pelatih Terbaik kepada Ezeylia Yusof (tengah) yang kini bekerja di Gayana Marine Resort, turut kelihatan Mary (kiri) dan wakil pengurusan Gayana Marine Resort & Bunga Raya Resort.
AZMI (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Pelatih Terbaik kepada Ezeylia Yusof (tengah) yang kini bekerja di Gayana Marine Resort, turut kelihatan Mary (kiri) dan wakil pengurusan Gayana Marine Resort & Bunga Raya Resort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia