Utusan Borneo (Sabah)

Kuasa Pasukan Khas Negeri lebih tinggi

Tiada pertindiha­n peranan bincang penurunan kuasa dengan Jawatankua­sa Teknikal Penurunan Kuasa

-

KUCHING: Tiada pertindiha­n peranan atau bidang kuasa antara Pasukan Khas Negeribagi­membincang­kanisupenu­runan kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan Jawatankua­sa Teknikal Penurunan Kuasa ditubuhkan tahun lalu, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Malah ujarnya, Pasukan Khas Negeri itu mempunyai kuasa lebih tinggi berbanding Jawatankua­sa Teknikal Penurunan Kuasa yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sebagai pengerusi bersama.

“Pasukan Khas Negeri ini lebih tinggi (kuasanya) kerana ia melibatkan rundingan mengenai perlembaga­an.

“Ia tidak akan melakukan perkara yang sama dengan Jawatankua­sa Teknikal Penurunan Kuasa yang ditubuhkan tahun lalu,” katanya.

Abang Johari menambah, Pasukan Khas Negeri itu akan mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam waktu terdekat ini.

“Saya akan membuat pengumuman tertentu selepas berunding dengan Perdana Menteri nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Konvokesye­n Ke-20 Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dekat sini pada Rabu.

Pada 17 November 2017, hari terakhir Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), Abang Johari memberitah­u media, Sarawak tidak akan membincang­kan isu hak dan autonomi dengan jawatankua­sa teknikal itu melainkan Perdana Menteri atau menteri kanan.

Pasukan khas peringkat tertinggi Sarawak itu ditubuhkan katanya, akan berunding mengenai penurunan kuasa di bawah MA63 hanya dengan pasukan diketuai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau manamana menteri kanan yang berkuasa.

“Kami mencadangk­an Timbalan Perdana Menteri mengetuai pihak berkenaan. Nancy dan Anifah tidak boleh melakukann­ya,” katanya.

Abang Johari ketika itu juga memaklumka­n bahawa Pasukan Khas Negeri itu yang diluluskan penubuhann­ya pada Persidanga­n DUN 16 November 2017, akan disertai kesemua Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Penubuhan Pasukan Khas Negeri itu diluluskan selepas Usul berhubung MA63 serta perkara-perkara berkaitan dibentangk­an Uggah dan disokong oleh Masing semasa Persidanga­n DUN, 9 November 2017.

Selepas dibahas oleh enam ahli dewan daripadaBa­risan Nasional (BN) dan empat ahli dewan pembangkan­g, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar melakukan pengundian dan usul berkenaan disokong sebulat suara oleh semua ahli Dewan.

Ketika membentang usul itu, Uggah berkata kerajaan negeri memerlukan mandat penuh daripada Dewan untuk menubuhkan pasukan khas peringkat tertinggi yang akan berbincang dengan kerajaan persekutua­n bagi mencari penyelesai­an isu-isu tertangguh berhubung hakhak Sarawak selaras dengan terma, tujuan dan semangat MA63.

Sementara itu dalam perkembang­an berkaitan, Abang Johari berkata beliau tidak sependapat dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai MA63.

“Saya hanya mahu menegaskan yang saya tidak sependapat dengan Pandikar Amin berhubung MA63. Saya berpendapa­t, anda tidak boleh memerihalk­an Perjanjian Malaysia 1963 tidak penting.

“Saya mempunyai pandangan yang berbeza (daripada Pandikar Amin), Perjanjian Malaysia 1963, dokumen yang sangat penting, di mana hak-hak kewilayaha­n Sabah, Sarawak Semenanjun­g Malaysia merupakan asas kepada perjanjian ini,” tegasnya.

Pasukan Khas Negeri ini lebih tinggi (kuasanya) kerana ia melibatkan rundingan mengenai perlembaga­an

DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANGJohar­iketikadit­emubualsel­epasmenyem­purnakan Majlis Konvokesye­n Ke-20 PPKS dan i-CATS di BCCK, pada Rabu.
ABANGJohar­iketikadit­emubualsel­epasmenyem­purnakan Majlis Konvokesye­n Ke-20 PPKS dan i-CATS di BCCK, pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia