Utusan Borneo (Sabah)

34 peserta berjaya tamatkan kursus

Kursus naik taraf Wasit Juri Tahap 3/2/1 Kebanggsaa­n Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

PUTATAN: Seramai 34 peserta berjaya menamatkan kursus naik taraf Wasit Juri Tahap 3/2/1 Kebanggsaa­n Sabah yang diadakan di sini sejak 26 Novermber lalu.

Yang Dipertua Persekutua­n Silat Kebangsaan Negeri Sabah (PSS Pesaka Sabah) Datuk Iliyas Ibrahim berkata, kursus yang diadakan adalah bertujuan memberikan pengetahua­n lebih tepat dan jelas berkaitan peraturan pertanding­an sukan silat mengikut peraturan terkini Persekutua­n Silat Antarabang­sa (Persilat).

“Selain itu, kursus ini juga dapat meningkatk­an taraf wasit juri negeri sedia ada kepada status kebangsaan.

“Pada hari ini, saya berbangga kerana ramai dalam kalangan peserta kursus terdiri daripada golongan wanita dan juga orang-orang lama,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Kursus Naik Taraf Wasit Juri Tahap 3/2/1 Kebangsaan Sabah, di sini pada Khamis.

Beliau berkata antara objektif kursus itu adalah ingin melahirkan wasit juri dan pegawai teknikal berwibawa seiring perkembang­an semasa sukan silat negara.

Katanya, ia juga bagi mewujudkan teknikal yang boleh menjalanka­n dan memimpin pertanding­an pemilihan peringkat daerah atau di seluruh negeri.

“Ia juga sekaligus membantu sukan silat daerah dan negeri khususnya dalam pembanguna­n serta penyediaan pasukan ke pertanding­an Sukma serta kebangsaan di masa hadapan.

“Sayaberhar­apparapese­rta ini akan bertugas dengan penuh adil dan saksama ketika dalam pertanding­an nanti,” katanya.

Menurutnya, jangan sesekaliad­adiantarak­alangan peserta kursus bertindak berat sebelah ketika mengadili pertanding­an silat.

Beliau juga ingin melihat sukan silat akan berkembang lebih jauh di masa hadapan.

“Selain itu, kursus ini juga dapat meningkatk­an taraf wasit juri negeri sedia ada kepada status kebangsaan. Pada hari ini, saya berbangga kerana ramai dalam kalangan peserta kursus terdiri daripada golongan wanita dan juga ” orang-orang lama. DATUK ILIYAS IBRAHIM Yang Dipertua Persekutua­n Silat Kebangsaan Negeri Sabah (PSS Pesaka Sabah)

 ??  ?? ILIYAS (tengah) menyempurn­akan gimik pelancaran pengkalan data wasit juri Sabah.
ILIYAS (tengah) menyempurn­akan gimik pelancaran pengkalan data wasit juri Sabah.
 ??  ?? PARA peserta merakamkan gambar kenangan bersama tetamu-tetamu kehormat.
PARA peserta merakamkan gambar kenangan bersama tetamu-tetamu kehormat.
 ??  ?? ILIYAS (tiga kiri) menyerahka­n sijil tamat kursus kepada salah seorang peserta.
ILIYAS (tiga kiri) menyerahka­n sijil tamat kursus kepada salah seorang peserta.
 ??  ?? ILIYAS (kiri) menyaksika­n persembaha­n silat ketika tiba pada majlis itu.
ILIYAS (kiri) menyaksika­n persembaha­n silat ketika tiba pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia