Utusan Borneo (Sabah)

Hermes rangkul gelaran juara

Kejohanan Golf Tajaan Forest City 2017

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Hermes Amir mengatasi 284 pemain lain untuk merangkul gelaran juara Gross Keseluruha­n semasa Kejohanan Golf Tajaan Forest City 2017 yang berakhir di Kinabalu Golf Club (KGC), Tanjung Aru pada Ahad.

Keadaan hujan lebat pada pertanding­an hari terakhir, memaksa hanya keputusan sembilan lubang pertama dikira, pada kejohanan tiga hari itu yang disertai oleh para pemain dari seluruh negeri Sabah.

Aksi satu atas par 36 pukulan membolehka­n Hermis selesa dengan dua pukulan mengatasi dua pencabar terdekat yang menyaksika­n selepas Kiraan Semula (OCB) dilakukan, tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Chua Poh Guan dan Neil Redmond Bainon.

Dalam aksi kategori Nett Keseluruha­n, Mohd Ridhwan Wong dengan catatan nett lapan bawah par 27 pukulan muncul selaku juara mengatasi naib johan Haji Gulam Hassan dengan kelebihan tipis satu pukulan, sambil Khairul Afizal Sultan Ali menduduki tempat ketiga dengan catatan nett 31 pukulan, selepas melalui OCB.

Pertarunga­n kategori Wanita pula dijuarai oleh Valerie Vanessa Langkab selepas mencatat nett tujuh bawah par 28 pukulan untuk kelebihan selesa tiga pukulan mengatasi naib johan Habibah Abdullah sambil Karen Hui dengan aksi nett tiga bawah par 32 pukulan menduduki tempat ketiga.

Kategori Senior menyaksika­n Freddy Lee dengan aksi nett empat bawah par 31 pukulan menduduki tempat pertama mengatasi naib johan Charles Yong dengan kelebihan satu pukulan sambil Kassim Yunus dengan aksi nett 33 pukulan menduduki tempat ketiga mengatasi dua pemain lain menerusi OCB.

Kategori terakhir untuk para pemain Super Senior yang menawarkan dua hadiah menyaksika­n Allan Chong Sow Yee menduduki tempat pertama dengan catatan nett par golf, dua pukula mengatasi pemenang tempat kedua Haji Kula Jamudin yang mencatat nett 37 pukulan.

Hadiahkepa­daparapeme­nang telah disampaika­n bersama oleh presiden KGC; Datuk Abd. Razak Walli dan kapten KGC; Chua Poh Guan dengan disaksikan oleh pegawai dari Forest City Country Garden Pacificvie­w; Shawn Lau dan Fish Tang.

 ??  ?? HERMIS Amir (depan dua dari kiri) bersama Abd Razak (duduk depan tengah) bersama para pemenang Kejohanan Golf Tajaan Forest City 2017 di KGC, Tanjung Aru pada Ahad.
HERMIS Amir (depan dua dari kiri) bersama Abd Razak (duduk depan tengah) bersama para pemenang Kejohanan Golf Tajaan Forest City 2017 di KGC, Tanjung Aru pada Ahad.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia